Wednesday, December 29, 2010

Taktik Penipu

Nak berkongsi kisah ibu nyaris2 kene tipu.

Baru2 ni, ibu terima panggilan kat phone ofis ibu. Time keje pulak tu. Dengan suara serius, sorang pompuan cina ni bagitau ibu, ibu ada tunggakan kad kredit yang dah overdua berjumlah RM8,870. Mau tak terkejut beruk ibu bila dengar ni. Terus ibu tanya, kad kredit apa la yang tertunggak sampai banyak macam tu, dia pun cakap dia call dari EON bank, sila bercakap dengan operator untuk pertanyaan, dia pun terus sambungkan. Sorang lagi dengan cakap pelat (dari kepelatan nye, sah dia bangsa india) bertanya apa masalah ibu. Ibu pun dek sebabkan gabra dengar 8000 ringgit nih, terus le cakap ibu tak pernah ada kad kredit dari EON Bank. Dengan sopan santun, mamat nih mintak nama penuh dan no ic ibu. Dalam keadaan panik tuh, tak terfikir le apa2. Terus jek kasik. Dia pun suh ibu hold on, nak cek dalam system. Lepas dalam dua minit, mamat nih cakap, betul dan sah, kad kredit atas nama ibu ada overdue jumlah tadi tuh. Apa lagi, tambah berpeluh la ibu nih. nak marah pun ada, nak nangis pun ada. Mamat nih tanya lagi, mcm2 la....nampak ambil berat. Last dia pun cakap, kalau mmg ibu takde kt kad ni, dia suh ibu buat report. Laju jek ibu tanya, report kat polis la ye? Dengan tenang jek, mamat nih kata kene report kat Bank Negara dulu, supaya boleh cancel kad.

Bila orang panik, tak perasan benda2 kecik, yang kalau kita fikir balik, memang tak logik. Ada ke, orang yang call ibu dari EON Bank (konon2 nye), boleh pulak sambungkan ibu pada orang yang keje kat Bank Negara? Ada ke logik? TETAPI disebabkan mase ni ibu dah tak keruan, gabra dsb nye, ibu pun setuju untuk hold. Bercakap pulak dengan sorang lagi, pun bukan melayu....pelat abis, bertanya kan masalah ibu. Soal siasat ibu bagai, tanya mcm2...short cut nye, dia dah rakam perbualan, dan dah ada detail kt kad yang konon nya di buat di cawangan Sibu, Sarawak...kad dengan limit 10,000...dia pun cakap yang dia perlu maklumat seterusnya untuk tujuan menghalang penggunaan berterusan kad kt yang tadi tuh.

Dia mintak ibu stop guna ATM card, Kt Card yang lain2 dan stop berurusan dengan bank for 3 days. Ibu setuju le. Permintaan dia yang seterusnya tu le yang buat ibu mula berfikir lurus. Dia tanya bank apa yang ibu ada ATM & Credit card. Dalam was2 ibu bagitau jugak, sebab dia kate penting untuk siasatan oleh Bank Negara. Lepas tu, mamat pelat nih mintak 4 nombor kat belakang atm & ct card ibu. Wahhhh...bila dengar mintak yang nih, terus rasa macam ...aku ni kene tipu ke. Ibu tanya dia, boleh tau dengan sapa saya bercakap. mamat nih jawab macam nak marah, tak perlu tau nama dia, itu personal. kalau nak diorang siasat bagi jek maklumat yang dia minta. kalau tidak dia macam nak gertak, ibu kene selesaikan 8000 ringgit penggunaan kt kad tuh. Ibu dalam was-was dan segan2 nih (mana la tau betul2 bank negara punya staf), tanya balik kat dia. tak payah la bagi maklumat pad kad2 ibu tuh, buat jek la siasatan. dengan suara nak marah, dia tanya ibu tak percaya ke? Macam ni la, puan guna handfone dan cuba call 103, minta no telefon bank negara, bagi kat dia, lepas tu nanti dia akan call handfone ibu guna no yang ibu bagi tu.

Ibu setuju, suh dia tunggu sekejap. Dia tak bagi ibu hang up, konon2 perbualan tu sedang dirakam. Ibu pi kat fon ofis yang lain, dan buat panggilan ke Bank Negara. Bercakap dengan orang yang berkenaan, ibu pun tanya, betul ke ada department Credit Card Investigation (yang mamat ni cakap), terus akak tu bagitau yang Bank Negara tak de bahagian tu, dan tak pernah pulak orang buat report kat diorang pasal credit card bagai.....so akak tu suh ibu pi marah orang kat telefon tu, sebab orang tu penipu. Dia cakap jangan percaya, banyak taktik menipu sekarang.

Hangin betul ibu, tapi bila ibu nak bercakap semula dengan mamat-mamat pelat nih, fon dah diletakkan oleh diorang, PENIPU BESAR. Nyaris2 lagi ibu tak bagi maklumat kad2 bank ibu. Walaupun duit tak le banyak mana, tapi mmg gaji dan sebagainya ada dalam kad2 tersebut. Fuhhhhh.....cerita ibu ni, jugak untuk peringatan kalau ada sape2 terima panggilan macam yang ibu terima. Mesti hati2....lagi2 kalau mintak maklumat kad bank kita.

BAHAYA BETUL....so kita semua kena hati2...makin maju zaman, makin upgrade jugak cara si penipu2 nih nak kebas duit orang...

Tuesday, November 30, 2010

Sekolah punya cerita...

Hemmm...kakak berbunyik nak sekolah dari tahun lepas lagi. Tapi sebab last year ibu terlewat, dah bulan 12 baru sibuk nak cari sekolah...maka dah ter'miss' pendaftaran @ dah penuh. So tahun ni, ibu dah prepare awal2. Belum le register kakak, tapi dah mintak 5 days free trial kat smart reader. Minggu lepas kakak dah sonok, tiap kali ibu cakap "Selasa depan kakak sekolah tau....." Suka betul hati kakak, senyum sampe telinga. Tak sabar2 dia tunggu hari Selasa 30hb nov. Nak sekolah...nak sekolah... Pagi tadi tiba la hari yang kakak duk tunggu-tunggu. Awal dah bangun, siap mandi air suam lagi. Mandi pun senyum jek, practice sebut "Cikgu, saya nak pegi tandas", "Nama saya khalis damia", "Umur saya tiga tahun" (siap ibu ajar tunjuk 3 jari).

Pukul 9 pagi, tepat kami tiba kat depan sekolah. Kakak pun sibuk tanya, dah sampai ke belum, dah sampai ke belum. Naik, ibu isi borang..kakak duduk kat kerusi luar kelas. Cermin nampak dalam. Ramai budak-budak dengan uniform smart reader yang comel, duk dalam kelas tu. Kecik2 nampak kebanyakan budak2 tu....mungkin sebaya kakak, 3, 4 dan 5 tahun. Kakak suka hati jek. Ada ramai jugak yang datang untuk free trial yang bermula hari ini sampai Isnin depan. Lepas settle borang, teacher Marlya yang comel tu cakap kat kakak "Come khalis, follow teacher"....sepantas kilat si kakak bertuah ni, turun dan peluk ibu....peluk kuat ni. Ibu pun dengan sopan santun nye bgtau kakak "pegi follow teacher...ramai kawan tu, pegi..." Langsung tanak lepas. Cisss...kakak nih, buat leceh la. Ayah pun geram jek tengok. Sampe kul 10 lebih, kakak masih tak lepas ibu. Walaupun mata duk melilau tengok teacher dan kawan2 main, beratur, siap ada makan McD lagi (kebetulan ada birthday budak kat situ, parents diorang sponsor McD for the whole class)...tapi kakak tetap tak lepas ibu.

Last sekali, teacher Marlya ckp kat ibu suruh tinggal jek kakak. InsyaAllah ok, lepas 30 minit, dia suh datang balik tengok kakak. Hatta terdengar jek perkataan keramat "TINGGAL" yang ditutur teacher Marlya, maka hujan lebat la.....bukan main syahdu, bukan main nyaring, bukan main sedih, kakak mengeluarkan aura tangisan dia. hissss....jenuh pulak pujuk. Menangis jugak. Bagi ayah dukung pulak, ibu ni, sampe dah senget benget tudung...kakak duk menangis atas bahu. Kul 11, ibu cakap kat teacher yang kami akan cuba datang esok pulak. Esok ibu nak cuba tinggal jek kakak masa dia leka. Nanti pelan2 ibu intai le, ibu nak nyorok. Mintak2 dia leh serasi esok...kalau dah tak nangis pun kira ok le. Wish kakak luck.....all the best!

** nak ambik gambar pun tak sempat, duk melayan kakak punye kerenah....hemmmm

Monday, November 22, 2010

Rentetan...

Sekali sekala..menjenguk jugak blog ibu yang macam dah makin usang ni...=). Lame jugak rasa tak mencoret apa2 di sini. Hari ni pun, ibu rasa cam singgah dan update sikit2 jek. Gambar dan cerita jek la, pendek, ringkas...senang. Ada banyak koleksi gambar yang ibu dah amek.


balik malam raya....nak ngomel pun susah.. memang dah tau, confirm jem giler




Ibu dah beli sepasang telekung untuk kakak..takyah pakai telekung ibu lagi (siap kene ikat getah sebab muka kakak kecik)







Gambar2 nih, ibu snap mase dalam kete, perjalanan nak balik dari jerteh ke shah alam..





mind blowing.....subhanallah








Jusco Bukit Raja....





Khalis Damia Binti Mohd Tajarudin




On her 3rd birthday...


Thursday, October 28, 2010

Dah bersawang ke belum...

Rase macam dah lama ibu tak update blog ni. Macam2 perkara dah berlaku, kerja ibu pun dah semakin bertambah. Sekarang dah sibuk, tak macam dulu ibu banyak masa terluang (walaupun waktu kerja..=p). InsyaAllah ibu akan update segera dalam masa terdekat. Salam Oktober untuk semua...

Wednesday, September 22, 2010

Hadiah untuk kakak...Jerteh mari

Dalam sibuk nak bertolak balik semalam, sempat ibu ngan ayah singgah kat pasar jerteh...saje2 nak cari sesuatu untuk kakak. Cian anak ibu. Kami sibuk uruskan nyang yang demam masuk ke hospital jerteh (jangkitan kuman). Plan asal nak tolak balik pagi....tengok2 nyang kakak demam sampai menggigil...terus wak ke klinik kesihatan, terus kena admit ke wad.

Kiranya, nak cari apa2 untuk bekal kakak, walaupun kakak masih tak berapa faham apa yang berlaku sepenuhnya...tapi ibu dan ayah rasa tak sonok kalau tak buat apa2. Kakak pulak cam bad mood sikit semalam, mungkin pasal panas. Bertolak dah pukul 2..panas terik pulak. apa-apa pun, lepas ayah pujuk2....ibu pulak kena dukung (selalu ayah buat nih), akhirnya ada jugak benda yang kakak nak. Lepas dapat, dalam kereta kakak hepi jek...ibu ayah pun hepi jugak =).












Khalis Damia...

Dilahirkan 21 September 2007, di Hospital Teluk Intan, di bulan Ramadhan lagi. Berat 2.78 kg. Dari tapak kaki sebesar dua jari ibu nih, ibu duk panggil khalis.., Mak midah...mengasuh dari umur 62 hari, duk panggil damia. Sekarang, dua2 pun tanak..mesti panggil "kakak". Dah besar anak ibu nih. Semalam kakak genap 3 tahun usia nya...ibu tak pernah mis buat majlis untuk kakak, tapi semalam sebab masih di ganu, sibuk pulak uruskan nyang masuk sepital, ibu tunda. Untuk anak ibu yang dikasihi.....Selamat Hari Lahir....muaahhhhhh!


















Tuesday, September 21, 2010

Foto raya....

Ibu nih, makin lame..makin tak rajin pulak nak update blog nih. Banyak la gambar2 yang terperuk jek kat kamera ibu tuh. Okeh..serba sedikit gambar2 yang dirakam masa aidilfitri baru2 nih. Kemeriahan kurang, mungkin sebab sume dah sibuk nak menghadap kenduri sambut menantu...





Keluarga pakcik Ramli, k.long satu family, k.ngah satu family, K.yang satu family, Ida satu family takde, pak unggal & isteri takde, dan maksu.....




kakak nih....time salam, malu2 jek, sopan santun jek...bila nampak sampul duit raya, laju pulak tangan ambil...siap ucap time kasih lagi =)



ayah yang comeiiiiii......=p



posing sikit anak ibu....he.he...


lagi sekali...



Yang sopan jek ni =), anak sulong maklong...Maizatul Aqhillah




Kecik comel jek tuan punya badan ni, nombor dua...Maizatul Afiqah





si manja nombor tiga....Maizatul Huda



Budak kecik nih, si bongsu maklong, bukan main ligat..Maizatul Najibah



Haa..yang duk senyum simpul nih, anak makngah yang sulong...Mirrah Nasyihin


Ala-ala wanita melayu terakhir nih, anak makngah yang kedua...Nisrina Nabiha


Nih....haaa paaling ditakuti..keh.keh...ramai menangis bila sekali ikin marah...anak bongsu makngah......Munirah Asyikin



POSE PELUK-PELUK.....