Friday, April 30, 2010

Tokwan....

Tokwan dihantar ke wad kecemasan pada 8/4/10, hari Khamis, awal pagi lepas tokwan jatuh dalam bilik air sebab kebas kaki dan tangan. Opah kelam kabut telefon Pak Akob, kawan tokwan, mintak tolong nak bawak tokwan ke sepital tapah. Dalam pukul 9 pagi camtuh, ibu terima mesej daripada pakngah kakak, bgtau ayah pakngah terserempak tokwan kat sepital, atas kerusi roda lagi tokwan...terus ibu rasa sebak. Ibu call pakngah kakak, dan confirmkan. Ibu pun terus call bgtau sume mak sedara kakak....maklong, makngah, makchik, pakunggal & maksu. Ibu pun call ayah, ajak terus balik tengok tokwan. Hati ibu dah berdebar-debar, laju rase jantung.....panas rase muka. Ibu tak dapat call opah, mungkin opah tak bwk telefon...lagi libang-libu perasaan.



Pukul 12 lebih, ibu..ayah dan kakak sampai kat sepital tapah. Dari jauh nampak maklong dan opah, duduk di bangku luar wad kecemasan. Opah cerita apa yang jadik pagi tuh. Ibu masuk dgn ayah dan kakak, tengok tokwan yang masih ditempatkan di wad kecemasan, menunggu untuk dihantar ke sepital besar ipoh. Sayu rase hati...tuhan ajek yang tahu. Ibu tak pernah tengok tokwan selemah itu....sesakit itu. Pedih mencucuk di hulu hati ibu.... satu-satu nye lelaki dalam hidup ibu, yang ibu tak pernah tengok dalam keadaan begitu. Tokwan sangat kuat...ibu selalu tengok tokwan dalam keadaan yang selalu ceria bersemangat, senyum ketawa, gurau senda, merajuk dan marah...tapi tak pernah seperti itu... Saat ibu menyalami tangan tokwan, ibu tak dapat langsung menahan tangisan ibu...tokwan pun berair mata, tokwan pun menangis. Hati anak mane yang tahan bila melihat abah dalam keadaan itu. Seorang demi seorang anak2 tokwan sampai. Semua tak dapat menahan rase pilu. Kami memang sangat sayangkan tokwan.


Opah nampak tenang. Tau...dalam hati opah, tuhan saje yang mengerti. Opah nak kami tengok dia sentiasa kuat..untuk Tokwan. Menjelang petang, dalam pukul 6 lebih, baru ambulan bertolak ke hospital besar ipoh, bawak tokwan. Ayah kakak naik sekali dalam ambulan, opah ikut kami. Pada awalnye, pihak hospital suspek tokwan ada masalah buah pinggang, berikutan kencing manis tokwan yang memerlukan tokwan makan ubat, dah 20 tahun. kebas kaki dan tangan, sama ada buah pinggang atau jantung. Berulangkali darah tokwan diambil. Sampai lebam dan pecah darah, lengan tokwan nampak hitam, lubang2 cucuk jarum di tangan, kaki dan hujung jari tokwan jelas kelihatan. Kasih kami pada tokwan bertambah tebal, kami bertambah syahdu. Opah masih kuat bertahan.



Jumaat 9/4/10, pukul 4...tokwan dipindahkan masuk ke wad ICU. Suspek denggi. Platlet dalam darah tokwan rendah. Mengikut kata doktor, naik tidak platlet dalam darah, bergantung pada antibodi tokwan. Dugaan tuhan. Doktor pun cakap, ada risiko pendarahan.. Sabtu 10/4/10, pagi...gusi tokwan berdarah. Tokwan nampak begitu lemah sekali. Tokwan pun cakap yang bukan2 jek, menakutkan kami.


Ahad 11/4/10, 6.30 petang tokwan dah boleh keluar ICU. Pada kami, tokwan nampak masih sama. Lemat sangat. Menurut doktor masih ada sisa saki baki virus denggi dalam darah tokwan, masih perlu dipantau, di samping kencing manis tokwan masih tinggi. Hari Khamis 15/4/10, tokwan boleh keluar, discharge dalam pukul 4 lebih. Lega bila dengar...tapi bila tengok tokwan...tau tokwan masih belum sihat. tokwan tak larat berjalan, perlu dipapah. Jumaat 16/4/10, malam, tokwan demam balik. Sampai menggigil. Tokwan tahan kan. pagi sabtu 17/4/10, nampak tokwan kebah sikit. Pak unggal nak bawak ke sepital, tapi tak wan tanak. Petang Sabtu 17/4/10, bawak jugak tokwan ke sepital, tokwan pun dah tak tahan. Tokwan dimasukkan semula ke wad, sekali lagi semua proses ambil darah untuk tujuan ujian dibuat...kasihan tokwan. Darah tokwan ada virus, tapi doktor tak pasti pulak virus apa. Tokwan terus dipantau.



Doktor masukkan antibiotik dalam badan tokwan. 2 jenis antibiotik. Yang pertama Isnin 19/4/10, badan tokwan tak bertindak balas, doktor ckp mungkin sebab kencing manis tinggi. Doktor ckp, akan tukar antibiotik, jika badan tokwan masih tak respon, diorang nak antar tokwan ke hospital ipoh semula. Antibiotik kedua Khamis 22/4/10, menjelang petang lepas diuji... Alhamdulillah, berkesan. Jumaat 23/4/10, doktor yang cek tokwan pagi tuh, beri khabar gembira kat opah yang setia menemani tokwan...kalau sume ok macam sekarang, tokwan boleh keluar Isnin 26/4/10. Sabtu 24/4/10, pagi....mata tokwan sepet sebelah. Tak ada ketumbit pun, cuma kelopak mata tokwan yang kelihatan bengkat dan menyebabkan sepet. Tokwan masih pening, tak pasti kenapa.


Isnin 26/4/10, opah cakap doktor tak benarkan tokwan keluar lagi sebab nak cuba tak bagi insulin, tapi mkn ubat jek....mungkin doktor fikir insulin buat tokwan pening. doktor bagi dua hari untuk cuba pil. Selasa 27/4/10, tokwan balik semula ke insulin. Doktor mula risau tengok mata tokwan. Nak hantar tokwan ke hospital teluk intan untuk checkup mata. Rabu 28/4/10, petang...tokwan masih belum dihantar untuk pemeriksaan mata. Khamis 29/4/10, maklong cakap doktor dah running test mata tokwan, ok....jadik diorang suspek ada problem pada telinga yang boleh sebabkan pening dan mata sepet. Running test untuk telinga.

Jumaat 30/4/10, opah cakap, doktor nak bawak tokwan ke sepital ipoh untuk jumpa pakar. Tak pasti lagi bila akan dihantar.

Doa opah dan anak2 tokwan akan sentiasa bersama tokwan. Semoga tokwan cepat sembuh. Terima kasih opah, menjaga tokwan dengan penuh kesabaran. Kawan2 yang baca blog ibu, blog kakak ni.....minta doakan semoga tokwan kakak cepat sembuh.




Sunday, April 18, 2010

Ahad lagi....


Ayah keje petang...masuk kul 6 petang. Pagi tuh, rajin pulak nak bangun awal...bwk kakak pi main buai kejap sebelum sarapan. Punggah2 mainan kakak jumpa balik fon dia yang dah lame tak main tuh...nasib baik ada bateri spare kat umah. Lepas tuh, kene tahan telinga jek la bila kakak "on" fon dia tuh...terjerit-jerit lagu telefon tuh, dah la bunyi nye memang kuat...hisss tension jugak. Dah la tuh, kakak pun mengalahkan bisnesman....ke hulu ke hilir duk tot tet..tot tet kat telefon tuh...tah sape aje la, jadi member imaginasi dia bercakap. Kejap2 dengor mak (pengasuh dia), kejap lagi dengar sarah menon...lepas tu mek esah..lepas tu baby syana... hemmm abis sume kawan umah mak dia sebut....keh.keh.keh...


ye..ye...hem..hem....ok..ok...


Aduhaiii..lame benor le pulak gayut nye...ayah ibu pulak boring tunggu kakak sudah bergayut..

Ibu pun sibuk melaram tudung....sajek tukar selera =)

Khalis dan sepupu...

Ibu snap beberapa keping gambar kakak dengan anak2 mama(kak ngah), dengan anak makdik (adik ayah), dengan anak paksu (adik ayah)...

Dengan K.Adik (Biha), K.Mira & K.Ikin, nih mase kat sepital tengok tokwan...



Balik dari ganu, sampai kul 9 lebih pagi tuh, terus ke umah makdik kat bukit subang, sempat kakak berposing dengan anak bongsu makdik...alhamrah (same umur dgn kakak, beza cuma alham bulan 7, kakak bulan 9)



Ni la Irfan Daruris..anak paksu, adik ayah yang paling bongsu...baik sgt budak nye, tak nangis2, bukan kakak jek heran, ibu laaaagi heran...=p





Gelagat cucu tokwan, mengerjakan motor tokwan...kakak tuh dah dekat nak penyek dah...pun sibuk nak pegang jugak2 handle moto tuhh...iskkkk

Wednesday, April 14, 2010

Tokwan @ Abah...

Pada 8 hb 4 baru nih, tokwan kakak masuk hospital. Tokwan daftar kat wad kecemasan Hospital Tapah, kemudian dihantar ke Hospital Seri Bainun Ipoh. Pukul 3 petang hari Jumaat, tokwan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Tuhan sahaja yang tahu perasaan opah dan anak2 tokwan. Kakak yang kecik pun tau dan dapat merasai kesedihan yang sume orang rasakan.

Tokwan dimasukkan ke unit kecemasan sebab doktor suspek ada masalah buah pinggang @ jantung. Di hospital ipoh, tokwan dirawat sebagai pesakit denggi berdarah ikutan platlet dalam darah tokwan sangat rendah dan demam yang berlarutan. Sabtu pulak, doktor cakap ada risiko pendarahan....gusi tokwan pun dah mula berdarah. Alhamdulillah, ahad tokwan semakin stabil, jam 6.30 petang hari yang sama, tokwan dimasukkan semula ke wad lelaki. Sehingga hari ini, tokwan masih kat sana.

Tokwan kakak nampak makin sihat, muka pun dah merah...banding dengan hari Khamis tuh, pucat, lemah tak bermaya. Doktor masih tahan sehingga keputusan darah diperolehi. Darah tinggi tokwan naik turun, gula dalam darah pun sama. Hari ni, tokwan dah cuba mintak nak keluar, tak tahan tokwan lame2 dalam sepital tuh. Doktor masih tak benarkan, harap2 tokwan kakak akan cepat sembuh, cepat dapat balik. Terima kasih opah, yang selalu setia di sisi tokwan, terima kasih mak....

Anak-anak abah......cucu-cucu tokwan...semua mendoakan tokwan akan cepat sembuh, cepat balik rumah..insyaAllah. Semua rindukan tokwan yang ceria dan sihat....

Tuesday, April 13, 2010

Balik Ganu..

Ayah kene cuti 7 hari, bermula dari 5hb lepas. Ayah tanya boring ke tak? Nak ikut tak dia pi bercuti....wuiiii ibu mmg bersemangat le dengor ayah ajak pi bercuti. Tanya la...bercuti ke mana? Ke Terengganuuuuu.....cisss ganu tuh bukan kire bercuti, kire balik kg tuhh..... Pikir2, boleh la, berjalan jugak. Ibu pun laju jek apply cuti....3 hari tuh. Dengan bersemangat jek, awal2 pagi tuh kitorang bertolak, kul 2 camtuh. Ayah pun wak slow jek, maklum le..bercuti makan angin =).

Cuaca kat ganu mmg panas betul...panas giler. Lagi2 lepak umah atuk ngan nenek, malam nye sejuk sangat, siang nya pulak panas sangat. wuiiii....mmg tak tahan. Kebetulan nye, kami balik hari atuk ngan nenek keje. Jadik boleh keluar wak nenek ngan atuk jalan waktu malam jek la. Atuk ngan nenek masih menoreh getah, masih menanam padi, nenek ada keje tambahan lagi, menjahit baju, atuk pun sama..menjual ubat dan tembakau. Tau jek la, orang kampung...jenis yang tak reti nak duduk diam berehat...sakit badan2 kalau tak buat keje. Tuh sebab atuk ngan nenek kakak sihat walafiat, kuat dan nampak muda...hari2 keje kuar peluh...ibu mmg tabik.

Jadik waktu siang nya...kitorang kuar gi jalan2, lepak berehat kat tepi laut. Angin laut mmg kuat, cuma tak berapa nak sejuk sangat...bila balik pulak, badan rase melekit. Tapi best..=). Kakak pun sonok. Kitorang singgah beli air, beli kopok losong...duduk berehat kat wakaf tepi laut tuh...ayah ngan kakak siap baring2 tuh...ibu punye le jeles (maklum le, takkan ibu pun nak join baring...issskkk terover le pulak gituh). Sebelah petang, ayah panjat pokok kelapa, amek kelapa muda...fuhhh mmg best dan manis pekene air kelapa muda. Dah alang2 ayah memanjat, ibu mintak sekali ayah kait buah mempelam nenek yang banyak berselayut kat pokok tuh. Geram jek ibu tengok...kalu pekena cicah mmg best. Dek sebab banyak sangat, sampe kat shah alam, ibu jerukkan...(sayangnya tak bape nak jadik, sebab dapat dua resepi, so ibu gabungkan, resepi nenek kakak dan makdik..last2 tak bape nak jadik le).






Balik sekali nih, maksu kakak dah offer nak jual kepok segera @ asam2. Dia ckp mmg laku kalu letak kat hostel dia tuh. Student nih kalu time study mmg rajin mengunyah...time lepak borak2 pun nak mengunyah..jadik untuk tak hampakan kengkawan maksu tuh, ibu ajak ayah beli kopok segera dan asam sikit, test market dulu...(budu tuh bese le, untuk stok umah ibu, jangan tak tau ayah kaki budu=p)




Dah beli, kene belajar

Bawak kakak ke Taman Tasik Shah Alam, ayah nak ajar cara-cara menaiki basikal..he.he.he. Ada la dalam setengah jam cenggitu, lepas tuh dah kakak nangis2 tanak naik beskal. Agaknya dia kecut perut bila ibu ayah tolak di jalan yang curam sebab nak bagi laju (takde le curam mane pun, cuma beskal kakak terlaju time tuh....=p). Maka berakhirlah sesi menuntut ilmu...kami pi carik kuih2 duduk borak, sambil makan2. kakak pun order jagung manis yang dalam cawan tuh. Suka pulak kakak makan...bagus2. Rumusan pembelajaran sekali nih...GAGAL. Kakak masih tak pandai kayuh basikal, malah menjadi sedikit fobia le pulak...issskkk ape lah ayah ni, ibu mintak ajarkan sebab ibu mmg takleh ajar le, jadi tergarang...he.he...sian pulak kat kakak. Nanti kene cari mase hari minggu pulak untuk tunjuk ajar kakak sekali lagi...ye kakak?