Monday, December 30, 2013

Orientasi Darjah Satu




Alhamdulillah...besar dah anak ibu. Betul la...macam yang ibu selalu baca, bila ibu masuk blog orang lain sebelum-sebelum nih, yang anak2 dah sekolah....jauh kat dalam hati, ada rase sayu...walau pun kita memang tumpang seronok anak yang teruja menempuh alam persekolahan yang baru. Walau pun baru masuk darjah satu, sedih jugak hati nih...pikir cepat sangat anak ibu nih besar. Baru hari tu, ibu duk agah2 aun cak....baru lagi ibu ajar bertatih...rase baru lagi ayah dokong ke hulu ke hilir...keletah manje budak nih....jadik jatuh rindu pulak...hu.hu.hu... Kakak sekarang adalah seorang budak yang berdikari, boleh jek buat sendiri, budak yang asyik jadi kawan dan lawan ibu..he.he.he... Boleh tinggal adik ngan dia kalu ibu nak ke dapur, nak solat.....boleh jek diharap perhatikan adik dia bila ayah nak sambung tidur...=p...kakak oh kakak....

Hantar kakak bersekolah di SK Setia Alam. Memang jauh dari umah kami, tapi dekat ngan tempat keje ibu. Senang sikit ibu nak hantar amek.... Ibu ayah memang tak risau kakak nangis ke hape....cuma sebagai sokongan untuk kakak, kami dua2 akan bercuti untuk hantar kakak di hari pertama persekolahan. Adik pun akan ikut sekali sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bahagi...kah.kah.kah... tak lah, pasai pengasuh baru adik pun tak dapat jage adik hari pertama school sebab uruskan yuran sekolah anak dan sebagainya. Ibu belum update lagi pasai pengasuh kasih dania....makcik yasin, insyaAllah ibu akan cerita dalam entri yang lain...

Layan....



Ceria...


Anak ibu


Kakak duk kat meja yang baris dua dari depan, meja no 3 dari tepi tingkap...



Penyokong setia...he.he...

Tuesday, December 17, 2013

Thursday, December 12, 2013

Arak vs Arab



Tengah tengok cerita korea, Incarnation of Money. Tengok berdua dengan kakak. Sekali tunjuk yang heroin balik terhuyung hayang, hero kene tolong papah..... Kakak pun tanya kat ibu

Kakak : "Ibu, nape kakak tu macam tu?"
Ibu : "kakak tu mabuk, minum arak...."
Kakak : "Oooo...abis, kalu ibu mabuk macam tu jugak ke nanti?"
Ibu : "isshhh kakak, orang islam mana boleh mabuk, mana boleh minum arak..tuhan marah"
Kakak : "hemm....abis tu yang nasi arak tu? boleh jek kite makan?"
...hu.hu.hu..hu...hai la anak....
Ibu : "tu nasi ARAB, bukan nasi ARAK.....Arab tu bangsa, nasik kite makan tu diorang punye la... Arak tu minuman yang haram....ada pahammmmmmm"
Kakak : "ooooooooooooo" (tah la paham ke tak budak tu..isskkkk)


11.12.13

Wednesday, December 11, 2013

Bawak Jenjalan

Cuti sekolah pun sikit lagi dah nak abis. Tak bawa kakak pi mana pun, pasai memasing dah takde cuti. Sejak duk Kapar nih, bila ayah cuti hari Sabtu jek, pagi2 memang kami akan pi round2 kat pantai remis, kene angin sejuk pagi, pusing2....lepak2...best jugak walau pun takleh mandi kat situ. Lepas sarapan, kul 11 camtu balik umah. baru le sibuk mandi bagai..he.he.he...Kasih pun, ngantuk tido bangun dia dalam keta...

Tapi kakak lelama dia boring gak..bebudak le katakan. Cam ibu ngan ayah, kire dah nak dekat2 senje jugek le..(iskkkk)..best jek lelepak tepi pantai, takde hal =p. abis minggu lepas, ajak pi bawak pusing2 ICT. Dah  banyak kali pegi sini, tapi mase belum le semaju skang nih. macam2 ada dah tengok kat situ. Bagus le...tapi tak dapat nak elakkan, walaupun memang cantik sangat ape diorang buat kat tempat tu...dalam pikiran tetap jugak terlintas....apasal la membazir letrik...lagi2 letrik dah nak naik nih..he.he..he...

Ibu ngan ayah layankan kakak jek. Tapi parking memang jauh bebenor. Nih lagi pi time cuti sekolah, manusia selautan tuh...hu.hu.....ayah dukung jek kasih senang, wak stroller jenuh pulak nak tolak panjat bukit tuh...kami ikut short cut jek panjat bukit...maleh weiiihhh nak pi ikut jalan nun jauh kat sinunnnn....

Layan jek la gambor budak dua orang nih....

Kakak yang hepi..... 

Abaikan hidung adik yang dikembangkan tuh..he.he...terkojuit kot erkkkkk 

Besar dah anak ibu nih....Khalis Damia 

Adik yang first time datang....terpegun dia..Kasih Dania 

Nih la antara selautan manusia tuh...wuiii ramai betul! 

Kakak lagi.... 

Bunga matahari yang comei......budak kat pokok tuh pun comei..he.he.. 

Syayang dia.......(abaikan perut yang terkuar tuh...iskkk ayah ni)

Thursday, November 7, 2013

Tazkirah Jumaat

Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki


Sebagian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.


“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

- Artikel iluvislam.com

"aurat budak2 nih abaikan la ek....kecik lagi..he.he.he....(gambar sekadar hiasan :p)




Monday, October 28, 2013

Tak banyak cite cam dulu....

Skang ibu tak banyak cite cam dulu-dulu. Kalau dulu2 time tokwan masih sihat walafiat, tetiap bulan kami memang balik tapah. sebulan sekali berkumpul rumah abah ramai2...banyak la aktiviti yang dibuat. Masing2 ada idea nak buat macam2....budak2 pun sonok....tok wan ngan opah pun hepi.....

Tapi sejak tokwan tak sihat, tokwan yang selalu ulang alik ke putrajaya, serdang, kajang.... duk umah anak2, abis checkup tok wan balik tapah semula. tapi tu la..bila check up, dah jumpe kitorang, takde le kitorang balik tetiap bulan dah. Ibu pun takde le ape2 cerita atau aktiviti menarik nak letak sini...sudahnya ibu letak pasai budak berdua si khalis dan kasih jek la...

Ibu bese le, ayah keje jek selalu...kami pun tak banyak cite. Ibu pulak jenis yang kalau ayah takde, keje, ibu pun tak kuar memana...bukan mase kasih ada nih jek...dulu pun mase berdua ngan kakak, memang ibu lepaking kat umah jek ngan kakak...tengok tv... Tak mau nye ibu kuar berdua jek ngan kakak ke mana2.... tak best la....

Jenjalan tengok blog orang, macam2 cerita best dan aktiviti diorang letak. Seronok baca.... Hemmm takpe le, nanti ibu cuba carik2 cerita yang best letak sini.....

Bermula cubaan kali pertama...

Tahun depan raya aidilfitri, kami akan berhari raya kat ganu.... fuhhhhhh...he.he...(ampun ayah)... ibu suke jek balik ganu, tapi ye le, mcm2 perkara kdg2 buat ibu rase LEBIH seronok raya pose kat tapah. Lain kalu raya haji, rumah atuk ganu memang meriah giler.....

Bukan nak cite pasai raya sebenar nye...cuma bermula nye cubaan ibu first time setelah sekian lame nye tak  berdiet.....untuk memulakan sesi diet (diet la sangat)....ibu pun cuma untuk permulaan nih tak mkn malam dan kurangkan makan karbohidrat.....exercise tuh, belum lagi la kot..he.he..he... Yang meniup semangat untuk kurangkan berat badan supaya tak "mengah" bak kata sorang one and only pengomen kat blog ibu nih..... adalah sebab tahun depan sambut raya pose kat ganu. Raya haji kenkadang kami balik dah raya kedua ketiga...tak ramai sangat saudara mara ayah yang ibu jumpe, segan tu TATAP ada, tapi kurang la kennnn... Nih kalu raya pose, mesti mau balik kurang2 awal sehari sebelum raya....haaaa...kang pakat2 terkejut belake pulak sedare mara ayah...mau kuar dialog "sehak bini mu suding...." (panggilan femes ayah kat kg dia...suding... Hu.hu....kalu dah 10 orang cakap cenggitu, mau menitik air mata ibu nih....TENSEN!

So....chayuuuuukkkkkkk ibu! (tak tau la berkesan ke tak...CUBA saja lahhhhh)


Ibu & Kasih....



Tak lupa jugak buah hati sulung ibu....Khalis

Tuesday, October 22, 2013

Wordless Wednesday.....


Khalis Damia....



Kasih Dania...


Tuesday, October 15, 2013

Pagi raya AidilAdha....

Hari ni raya kedua dah. Malam ni baru nak gerak balik ke ganu...ayah keje. So, layankan jek aktiviti anak2 ibu di pagi raya...hu.hu.hu....




Muka bangun tido dua beradik...he.he.he.. Tak mau senyum langsung

Thursday, October 10, 2013

21 September

Selamat Hari Lahir kakak......semoga kakak sentiasa gembira dan sihat sejahtera. semoga kakak jadik anak yang baik dan solehah. semoga kakak membesar bijak bagai johan. doa ibu dan ayah....hanya yang baik2 sahaja sepanjang liku perjalanan  hidup kakak yang mendatang....ibu, ayah dan adik SAYANG KAKAK KETAT-KETAT!!!





Wednesday, October 9, 2013

Ibu, kakak & adik



Lame sepi blog nih...makin susah pulak ibu nak merajinkan diri update kat sini. Bile jenjalan blog orang, jeles jugek kenkadang...diorang nih leh kate hari2 mesti ada update...wuiii tahniah..tahniah...korang memang rajin! =)

Ibu semenjak dua menjak nih....yang kompom, lepas dah ada kasih, makin selalu cepat penat...atau mungkin sebab berat badan yang makin bertambah jadik cepat penat, atau mungkin jugak sebab faktor usia yang semakin hari semakin bertambah (gulp! tua sangat dah rase nih..hu.hu)......hemmmmmm yang pasti nye, selalu sangat skang nih mudah rase penat.

Rutin harian pun memang dah jauh sangat berubah la skang ni. Memang ibu kagum untuk para mama, ibu, mak dan ummi yang ada anak ramai, korang memang mabeles dan terer! Sejak ada kasih, full jek mase ibu, ngan kakak sekali kene ubah rutin dia...nak selarikan dengan ibu dan adik..he.he.he....  Dah takde balik lambat2 lepas amek kakak, dah takde singgah kedai makan dengan kakak sambil bungkus bihun sup dan minum2.....dah tak lepak2 tunggu maghrib macam dulu, tv...emmm masih tetap tengok jugak...yg nih tak lepas la...=p. Ibu pun dah tak ingat mase kakak dulu mcm mana life ibu & ayah.



Tapi tak kisah la rutin ubah ke, penat ke, apa ke...bila tengok adik, hati rase berbunga-bunga, adik pulak, asal nampak kakak dia jek, senyum sampe telinga. Lagi2 kalu kakak "izinkan" adik tarik rambut kakak, pergghhhhhh sampe terjerit-jerit adik sonok......kakak pulak senyum2 kambing, sambil terhibur tengok adik ketawa dan menjerit, sambil menahan perit genggaman tangan adik yang pegang rambut dia..hu.hu... bagus kakak nih.......thumbs up!... =)


Dua beradik ni la penghibur hati ayah dan ibu. Permata nih......adik yang selalu kacau kakak, kakak yang kadang2 masih buat perangai yang buat ibu menjerit marah. Doa ibu biar kakak dan adik saling menyayangi sampai bebila. Terima kasih kakak, banyak tolong ibu jage adik..he.he.he.....




Sayang sangat anak-anak ibu......!!

Tuesday, September 24, 2013

Wordless Wednesday


Khalis Damia herself....




Khalis Damia with her little sister...Kasih Dania.... walker yang sama..syer maaa..he.he...


Monday, August 26, 2013

Sekitar Syawal di Kapar - Bah I

Sabtu, sebelah ayah kakak nak datang. Ayah suh masak nasik jek, buat gulai ketam, goreng sayur, budu, telur masin, ulam petai dan jering, ayam goreng....Makdik sekorga ngan Paklong jek pun datang....tapi boleh tahan gak ramai tuh..he.he... Ibu nih wat keje maklum jek la, sopan santun bagai @ lembab kene le awal2 prepare. bukan ape yang teruk sikit tuh, pinggan mangkuk  bagai sume dlm stor sebab kitorang  2-3 beranak nih jek, keluarkan pinggan setakat yang nak guna jek la. Habis tu, dari pagi le ibu sibuk, ke pasar reramai ngan kakak, kasih dan ayah. sampai umah, punggah stor pulak carik pinggan,  basuh bagai, susun sesiap. Ayah pulak lepas ke pasar terus ke umah lame kitorang kat sri kayan batu tiga tuh pasai nak uruskan moto pakdik yang ayah parking kat situ sekian lame nye, nasib baik tak hilang. Ibu kelam kabut sikit pasai plan nye, petang tuh nak pi school kakak buat rumah terbuka raya.....nak mengejor itu le yg ibu lagi rase panik. Balik takut tah dah kul bape. Ketam yang kitorang beli hidup2 tu, sempat jugak ibu suh ayah "bunuh" dulu sebab ibu nak masak sesiap sebelum ke jamuan raya tuh. Ibu buat jugak puding karamel untuk pembasuh mulut. Kelam kabut betul. Dlm kul 3 camtu dah siap semua, ayam ibu akan goreng mlm, sayur pun....gulai jek masak dulu.

Sekali ayah sampai dalam kul 4 camtu, bawak sepupu kakak, Kak Umairah ngan Alhamrah... Dah camno nak pi jamuan raya, sebab budak berdua tuh tak bawah pulak baju kurung ke apa. Diorang pun pakai track suit jek.....pujuk le kakak, dah ada kawan tuh...pi la mandi kolam ke apa ke.....(Kolam untuk bebudak tuh, takat 3-4 orang boleh le mandi kat depan umah tu). Dengar leh mandi jek, plus dah ada kawan...sonok le kakak. "takpe la ibu, walaupun kakak dah janji nak tunjuk gigi adik kat kwn2 kat school, tapi lain kali le kite pergi ibu"....kakak nih ingat school dia nak ke buat jamuan raya tuh 2 -3 kali..iskkkk ok kan jek la.

Dapat la ibu pun bernafas kejap.....dah tak jadi keluar, boleh releks sikit. Layan gambar le pulak...