Sunday, January 23, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Tokwan & Diabetis

Tokwan sekarang berada di Hospital Serdang, telah selamat menjalani pembedahan membuang lagi tiga jari kaki, dan separuh bahagian bawah jari pada 9 Januari 2011. Kami bawak tokwan ke hospital disebabkan tokwan demam kena infection pada bahagian jari kaki yang telah dipotong sebelum ini. InsyaAllah, sekarang tokwan makin sihat dan harap akan terus begitu sehingga betul2 sembuh bahagian yang dipotong. Masih berada di Hospital Serdang dan mungkin akan lama lagi berada di sana. Terima kasih opah, setia menemani tokwan, di kala anak2 masing2 sibuk bekerja...waktu melawat dan hari minggu jek kami dapat jenguk tokwan. Kakak pun boleh datang hanya pada sabtu dan ahad coz hari biasa hospital tak benarkan masuk. Tokwan kakak menghidap diabetis, dan hanya berpunca dari luka yang kecik sangat pada jari ibu kaki tokwan, melarat hingga perlu dipotong...kali pertama pada 2 bulan lepas di hospital putrajaya, dan kali kedua di Serdang. Semoga tokwan cepat sembuh...amin.

Tuesday, January 11, 2011

Kakak baca doa....

video

Abaikan ke"comot"an budak nih (dan background yang berserabut tuh=p)....sila fokus pada doa jek ek...he.he.he...ada kesilapan bunyi panjang dan pendek, masih akan diperbaiki, insyaAllah

Tuesday, January 4, 2011

Port Dickson


Plan asal, nak bercuti ramai2...dengan tokwan & opah, maklong & paklong, makngah & pakngah, makchik & pakchik, pak unggal & mak zatil, maksu hani.... tapi memandangkan keadaan tokwan, masih belum sihat sepenuhnya, plan asal bertukar....nak pi dengan makngah & pakngah jek. Ibu pun duk carik2 le tarikh sesuai nak booking sri intan kat PD.... tapi sebab dek lambat bertindak, tarikh2 yang available untuk makngah satu family join, TADAK. Habis, nak wat camne. Kakak dah tanya ibu banyak kali yang tak terkira..."bila kite nak tido hotel ni ibu?". Last2 makngah cakap, takpe le, pi le bawak khalis. Tarikh yang available adalah pada 2 & 3hb, 3hb sume orang dah pakat masuk sekolah semula (untuk yg anak2 dah mula bersekolah...kakak? hemmm.. ketakutan dia mengatasi keinginan untuk bersekolah yang akhirnya ditegaskan dek ayah dia, bior kakak umur 5 tahun baru antor sekolah).

Kami pun teruskan jugak plan bawak kakak tido hotel. Memang kesian jugak kat kakak. Sejak tokwan sakit, tokwan duduk kat samaada hotel tempat rawatan, hospital mahu pun rumah anak2....tak lagi duduk kat rumah tapah. Jadik, dah lame kami takde trip bulanan balik ke tapah, berkumpul ramai2 dan buat macam2 aktiviti best2 dengan tokwan dan opah. Memang ada sedikit rasa tak seronok dan mcm tak "selesa"..ye la, tokwan sakit kami pi bercuti pulak. Tapi dah cakap kat tokwan, kami cuma nak bagi kakak seronok dan tunaikan janji pada kakak. Kata orang....setakat nak bagi anak seronok. Lagi pun cuma satu malam jek.


Kakak punya seronok, memang membuat kan rase tindakan bawak dia ke PD tu, berbaloi-baloi le. Suka jek...ketawa jek..senyum jek....hepi semacam...mengada pun semacam. Orang memang tak ramai, rasa macam kurang seronok le....tapi sebab kakak seronok..kira ok le.