Monday, January 14, 2013

Tahun Baru ...

Dah lame sgt rasenye tak update blog ibu nih. Tahun baru pun dah sampai ke pertengahan bulan. Banyak cerita, peristiwa yang berlaku, tapi tak dapat le pulak ibu nak semadikan kat blog nih, atas pelbagai pulak le sebab musabab dan alasan nya. Yang pasti, tahun baru kali nih, ayah ibu dan kakak mengalami peristiwa yang susah nak lupakan dan membantutkan semangat tahun baru kitorang. Tapi ibu tetap bersyukur ke hadrat-Nya, kerana kami masih dalam lindungan-Nya, tidak lah cedera dan sebagainya. Mungkin ujian dari-Nya untuk kami agar tidak lalai menunaikan amanat dan pesan - Nya.

Malam tahun baru, kami tidak le keluar untuk meraikan mahu pun pergi nak mengintai bunga api dan sebagainya. Tapi kakak memang teringin sangat malam tu, nak makan bubur jagung. Bergerak le kami anak  beranak dalam pukul 9 malam ke pasar malam sek.18 Shah Alam. Niat hati nak cari jagung barang 2-3 tongkol. Ibu nak masak kan untuk buah hati ibu si Khalis Damia nie le. Berbunyi dari petang teringin nak makan bubur jagung....tradisional pulak budak nih tetiba. Memang dah agak pun, jalan memang banyak kereta. Tambahan malam tu kat shah alam ada ceramah Ustaz Azhar Idrus.....

Selesai membeli barang keperluan kitorang kat pasar malam (termasuklah burger daging ibu, dan rambutan ayah....), kitorang bergerak balik. Jam lebih kurang pukul 11, ayah dah bagi signal nak masuk simpang ke umah kitorang tuh...kakak yang dah ngantuk sikit nih, tersadai le kepala nye kat tingkap yang terbuka. Ibu pun sibuk2 amek kunci dan beg duit.... Tetiba, tak tau dari mana, tak sedar, tak nampak, tak jangka tu dah memang le....ibu dengar bunyi meletup...tengok2 kakak terus sandarkan badan kat ibu dan tutup muka, menangis macam apa....sekilas ibu toleh, nampak sorang mamat nih terbang bersama motornya....masyaAllah, rase seakan berhenti jantung ibu. Kereta terus tersentak dan stop tak berjalan. Nampak asap berkepul keluar.......baru ibu alih pandangan ibu pada kakak yang masih menangis, macam nak pecah jantung ibu....Ya Allah!....kenapa dengan kakak???? Kelam kabut ibu bertanya, kenapa kakak. kenapa? sakit kat mana? Ibu tak teringat langsung nak toleh kat ayah. Dah tak pikir langsung. Dengar2 jek ayah cakap, keluar! keluar! kereta dah berasap. Dalam kelam kabut ibu bukak pintu, dukung kakak walau dengan perut ibu yang sarat....walau pintu kereta boleh bukak sikit, tak muat pun ibu dan perut ibu yang besar berserta kakak nak selit keluar dari kereta tu, tapi pasai panik, ibu paksa bior buleh lolos jugak. Dapat keluar jek dari kereta, dalam tiga empat langkah macam tuh, ibu dah rase longlai kaki nih, terus terjelepok atas rumput dengan ngan kete tuh. kalau la ditakdirkan kereta tu meletup ke hape...memang tak tau le apa jadik kat kitorang.

Ibu kan lupa nak tengok kat ayah. apa jadi kat ayah kakak, sebab semua tu  berlaku dengan pantas, tak dijangka, dan panik tuh yang mengatasi semuanya. Upanya, masa kene hentam tu, airbag terus terbuka kene kat ayah, bila kereta berasap dan ayah jerit suh keluar tu, pintu kete ayah takleh bukak. Ayah keluarkan diri dia dari tingkap kereta jek. macam tu la punye kuatnya hentaman motor dan kereta kitorang tuh. Alhamdulillah, kakak cuma terhantuk kepala dia pada tingkap kereta tu jek...itu pun berkali-kali kakak cakap dan ulang, dia nampak muka ngan baju abang tu........mungkin muka diorang dekat lebih kurang jek lepas hentaman tu. Benjol macam telur jugak dahi kakak. Tapi syukur, ibu risau mana la tau, kot mata kakak kene handle motor tu ke, kene kaca yang terbang ke, serpihan kereta ke...Allah..tak kuat ibu nak bayangkan apa la akan jadi.

Lepas tu, baru ibu teringat nak toleh kat budak moto yang dah terbang tadi tuh. moto dia terus terbang masuk longkang....longkang tu pulak, kiri kanan adalah batu, bayangkan aje kalau budak tu pun terbang masuk longkang......macam mana? Astaghfirullah...... Nasib baik dia terbang dan jatuh kat tepi jek, atas rumput. Tapi memang jauh jarak dengan simpang dan kereta kitorang yang tersadai tu. Ibu nampak budak tu dah duduk, mungkin dia masih tak berasa sakit, masih belum perasan...(ibu pun tau bila dimaklumkan kemudian oleh jiran kitorang...yang kaki budak tu putus dari buku lali.....AllahhuAkbar!!!). Tapi  bila dah nampak kaki dia sendiri, dan badan dah mula rase sakit...ibu tengok dia terus terbaring dan melaung mintak tolong. Ramai dah orang masa nih, datang kat kitorang. Ayah pun nampak panik semacam, terus minta tolong orang yang ramai untuk call ambulan dan polis. ayah pun call jiran sebelah umah kitorang untuk datang. 20 minit jugak ibu duk atas rumput tuh, menggigil macam apa.....air mata toksah cakap la. Ibu tak ler rase sakit ke apa ke....kakak pun duk atas ibu, sambil tepuk2 muka ibu...(kakak yang tenangkan ibu). Ibu takleh kontrol gigil badan......Jiran bawak ibu dan kakak balik umah dulu. Ayah duk situ dengan ramai orang, mungkin tunggu polis dan ambulan. Ibu pun tak pasti apa berlaku sebab dah balik. Tunggu jek sampai ayah balik umah. Dalam dua jam mcm tu jugak baru ayah balik. Ayah balik umah, polis hantar, siap pacik polis tuh cek benjol kat kepala kakak. Ibu memang dah pikir, kalau kakak lemah, taknak makan atau muntah2 memang nak bwk pi cek le. Tapi alhamdulillah takde, ibu tak perasan pulak perut dan anak dalam kandungan ok ke tak..... Dah tak fikir. ayah cedera kat tangan dan sikut, tak pasti mase bila kene tuh. Malam tu, kami tido lewat, masing2 termenung....baik ayah, mahu pun ibu. Rase kesal, simpati, tak pasti, keliru, panik....... Benda dah nak jadi. Tapi memang tak nampak, tah dari mana budak dan moto tu datang, kawasan yang gelap lebih menyukarkan keadaan, dan memang dah jalan tu satu hala, tak pasti nape dia menyonsang jalan, tak berlampu...dan bwk laju mcm tu. Tak rase nak salahkan sesiapa, cuma kesal.