Hemmm...kakak berbunyik nak sekolah dari tahun lepas lagi. Tapi sebab last year ibu terlewat, dah bulan 12 baru sibuk nak cari sekolah...maka dah ter'miss' pendaftaran @ dah penuh. So tahun ni, ibu dah prepare awal2. Belum le register kakak, tapi dah mintak 5 days free trial kat smart reader. Minggu lepas kakak dah sonok, tiap kali ibu cakap "Selasa depan kakak sekolah tau....." Suka betul hati kakak, senyum sampe telinga. Tak sabar2 dia tunggu hari Selasa 30hb nov. Nak sekolah...nak sekolah... Pagi tadi tiba la hari yang kakak duk tunggu-tunggu. Awal dah bangun, siap mandi air suam lagi. Mandi pun senyum jek, practice sebut "Cikgu, saya nak pegi tandas", "Nama saya khalis damia", "Umur saya tiga tahun" (siap ibu ajar tunjuk 3 jari).
Pukul 9 pagi, tepat kami tiba kat depan sekolah. Kakak pun sibuk tanya, dah sampai ke belum, dah sampai ke belum. Naik, ibu isi borang..kakak duduk kat kerusi luar kelas. Cermin nampak dalam. Ramai budak-budak dengan uniform smart reader yang comel, duk dalam kelas tu. Kecik2 nampak kebanyakan budak2 tu....mungkin sebaya kakak, 3, 4 dan 5 tahun. Kakak suka hati jek. Ada ramai jugak yang datang untuk free trial yang bermula hari ini sampai Isnin depan. Lepas settle borang, teacher Marlya yang comel tu cakap kat kakak "Come khalis, follow teacher"....sepantas kilat si kakak bertuah ni, turun dan peluk ibu....peluk kuat ni. Ibu pun dengan sopan santun nye bgtau kakak "pegi follow teacher...ramai kawan tu, pegi..." Langsung tanak lepas. Cisss...kakak nih, buat leceh la. Ayah pun geram jek tengok. Sampe kul 10 lebih, kakak masih tak lepas ibu. Walaupun mata duk melilau tengok teacher dan kawan2 main, beratur, siap ada makan McD lagi (kebetulan ada birthday budak kat situ, parents diorang sponsor McD for the whole class)...tapi kakak tetap tak lepas ibu.
Last sekali, teacher Marlya ckp kat ibu suruh tinggal jek kakak. InsyaAllah ok, lepas 30 minit, dia suh datang balik tengok kakak. Hatta terdengar jek perkataan keramat "TINGGAL" yang ditutur teacher Marlya, maka hujan lebat la.....bukan main syahdu, bukan main nyaring, bukan main sedih, kakak mengeluarkan aura tangisan dia. hissss....jenuh pulak pujuk. Menangis jugak. Bagi ayah dukung pulak, ibu ni, sampe dah senget benget tudung...kakak duk menangis atas bahu. Kul 11, ibu cakap kat teacher yang kami akan cuba datang esok pulak. Esok ibu nak cuba tinggal jek kakak masa dia leka. Nanti pelan2 ibu intai le, ibu nak nyorok. Mintak2 dia leh serasi esok...kalau dah tak nangis pun kira ok le. Wish kakak luck.....all the best!
** nak ambik gambar pun tak sempat, duk melayan kakak punye kerenah....hemmmm