Wednesday, February 23, 2011

Kakak demam


Semalam ibu amek mc. Kakak demam tengah malam kelmarin, badan dia panas sangat. Tido pun asyik terkejut-terkejut. Ibu takut dah. Ayah tak balik lagi. Bila tengok kakak dah asyik terkejut jek, ibu amek ubat demam yang masuk ikut "tut" tu. Nasib baik kakak tido, dapat jugak ibu bagi ubat tu, kalau tidak mau mengamuk dia tanak. Lepas dua jam camtuh, kepala kakak dah mula berpeluh. Lega.....

Bangun pagi nak pi keje, ibu dah ready nak gerak, pi le kiss kakak...masyaAllah, badan dia panas balik macam malam tadi. Terus kejut ayah....ayah pun balik dah lewat malam tadi, terus tido le dia. Basahkan kepala kakak dengan towel, sementara nak tunggu pi klinik. Bila kena tuala basah jek, kakak pun start le enjin dia....mula la menangis macam apa...bila dah dapat pujuk pun, kakak masih menangis syahdu gituh. Dah tanak lepas ibu. Dia duk tunjuk2 mulut dia....apahal pulak kakak ni. Memang ibu perasan mulut kakak macam bengkak. Bibir dia atas bawah mcm bengkak. Dia pun duk nangis bila ibu basahkan bibir dengan air masak. Bila air masak termasuk dalam mulut dia, lagi bertambah kuat nangis nye. Ibu dah syak, mesti ada ulser dalam mulut kakak. Pi klinik, doktor pulak masukkan ubat ikut "tut". Apa lagi, melalak le kakak. Sian anak ibu. Dia tak suka orang pakse...tapi kakak sakit, nak buat mcm mana. Dalam mulut kakak ada 3 ulser tuh. Patut la tanak milo, tanak makan, tanak air masak pun.

Hari ni ibu pi keje awal, tadi badan kakak tak panas lagi. Harap2 hari ni, kakak dah boleh makan. Serah kat ayah le..... Sayang anak ibu, sabar ye. Tu tuhan bagi sakit sebab dia sayang tuh.....






Friday, February 18, 2011

Cerita semasa...

I'm back...he.he... Baru ada kesempatan nak coret2 skit kat sini. Cian blog ibu ni, lama terabai. Baru minggu lepas kami balik ke ganu, ada urusan keluarga sikit. Balik Jumaat malam, ahad petang dah bertolak balik sini. Ibu ada amek gambar jugak, tapi sayang...sebab kakak sibuk duk main kamera...sampe terdelete abis gambar2 yang ibu amek tuh. dah nak buat guano?

Kami masih tak dapat pulang ke tapah untuk aktiviti bulanan melawat tokwan dan opah, sebab opah dan tokwan masih kat sini. Tokwan masih ditahan di wad Hospital Serdang. Semua jari kaki tokwan dah dipotong, dan insyaAllah...semakin hari tokwan semakin sihat. Luka kesan dipotong pada kaki kiri tokwan pun dah semakin kering. Dah sebulan lebih tokwan kat sana, ditemani opah yang setia. Setiap hujung minggu, opah balik ke umah pak unggal, abah ditunggu gilir2 oleh pak unggal, maksu hani & makngah setiap kali opah amek break hujung minggu.


Kakak tak sekolah pun tahun ni. Ibu & ayah amek keputusan antor kakak sekolah tahun depan jek, bila umur kakak dah 5 tahun (dah kakak tak dapat memberanikan diri mase 2 hari testing antor sekolah..iskkkk). Walau pun terlewat sikit (sebab ramai org antar anak sekolah bila dah 4 tahun), tapi ibu penuh rase confident...anak ibu ni boleh catch-up....he.he....insyaAllah, (kan kakak?) Tahun ni pun, kat umah mak midah (pengasuh kakak) tinggal la kakak sorang yang dah besar, kawan baik kakak yang sebaya kakak, si Shafuah dah pindah bulan januari yang lepas.. Badlishah & Sarah dah masuk sekolah (5 tahun). Kawan2 kakak sekarang yang ada si Gembol (1 tahun lebih) & Qaseh abadi (6 bulan). Tapi kakak tetap hepi.....takpe le kakak..tahun depan kakak sekolah, tak le boring sangat takde kawan.

Tuesday, February 8, 2011

Ibu tak sempat lagi.....

Ibu masih belum berkesempatan nak tulis apa2 kat sini. Memandangkan yang nak cerita pun dah lame berlalu, bila ibu update lagi blog ni in future....ibu akan tulis perkara semasa time tuh jek la =). Buat mase nih...cuma ibu tambah gambar kakak dengan ayah jek....adiossss