Okeh...cite ibu sebelum nih abis takat malam sambutan besdey kakak jek, yang mana kakak masih demam. Malam tu, sesudah siap mengemas bagai....dah kat kul 1 pagi, elok kami nak landing...saje jek pegang kepala kakak. Mak aiii...tu dia, panas bukan main. Terus ajak ayah pi Alam Medic Subang Jaya (jauh pasai nak cek darah, yg alam medic kat area umah tu takde cek darah). Kakak mmg tido tapi ada bunyik2 bagai la...tak sedap badan le tuh. Sampai kat klinik, doktor cek suhu kat telinga kakak, doktor siap tunjuk kat ibu dan ayah...bacaan kat alat tu 40 darjah celcius...hu.hu....sian anak ibu. Terus doktor tu panggil pembantu dia untuk masukkan ubat ikut tut...dan macam bese, kakak terus histeria. Ibu suh ayah jek yang handle, ibu duduk buat tak tau jek (pasai ibu tak tahan tengok kakak nangis jerit2 mcm tu....leh meruntun hati ibu, silap haribulan dengan ibu sekali nangis..takmo..takmo...). Kakak nih pesen nye nak kene pujuk2...adalah dalam setengah jam baru dia setuju masuk ubat tuh. Kat klinik mana doktor tuh nak tunggu, si pembantu ni pulak, dah kakak meronta sambil menangis jerit2 tuh..dia mmg tak tunggu dah ...terus tonyoh jek, mana tak sakit anak ibu.. Berjuraian air mata kakak mase ibu dukung. Doktor cuma pesan bagi ubat demam tu 4 jam sekali (mcm bese le), dan ada bagi jugak antibiotik dan ubat selsema.
Isnin pagi. Memandangkan kakak masih dedar, ibu pun tak jadik pi keje..temankan kakak. ayah pun kebetulan nye off isnin tuh. Aktiviti kakak selain tidor....adalah main benda alah kat bawah nih. Ibu pun join sekali (ayah pi hantar tokwan cek mata kat hussein onn dengan opah). Tengok le muka kakak tuh, tu dia bengang ngan ibu le tuh...cam dah nak terkeluar bijik mata tu. Ibu cakap berdosa tau buat ibu macam tu...nanti masuk api neraka. Terus menangis kakak, siap sedu2, siap berhingus bagai....he.he...sorry, ibu cakap yang betul apa (ibu cakap lemah lembut jek, penuh berhemah..boleh pulak dia nangis, budak kalu dah demam, jadik sensitip tak bertempat pulak..hissss)