Nanti ibu cerita perihal rumah kami yang masih tak dapat2 lagi kunci nye nih... sabar lah hati....
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Balik Tepeng...
Balik Tepeng sebab nak pi kenduri adik opah kat pokok asam. Nih masa awal Disember hari tu la, tapi ibu baru nak letak post nye kat sini. Dah jarang2 sangat masuk sini skang pasai keje ibu pun dah banyak. Tak macam dulu2....buleh asyik mengular jek =p.
Okeh, tak mau terpesong mana2. Kami balik Tapah Jumaat malam. Sekali ngan Pak Unggal dan isteri, tokwan dan opah. Yang lain2 sume bergerak awal pagi jek, janji kumpul umak tokwan jek. Yang nak kenduri ni, kirenye dengan kakak pangkat nye adalah Tok Ngah la. Tapi walaupun kitorang berpeluang ambil gambar dengan pengantin, berpeluang lepak kat umah yang memang disewakan untuk saudara mara berehat...siap makan durian bagai, singgah pekena yong tau fu sotong kangkung kat bomba ngan abc, ibu langsung tak ingat nak amek gambar dengan kamera ibu. Jadiknya kat ibu cuma ada gambar2 budak2 nih dan time kitorang sarapan sebelum gerak ramai2 berkonvoi pagi tuh. Ada jugak gambar kami singgah kole, umah nyang kakak sebelum gerak balik ke tapah. Tapi memasing terus balik ke umah jek, tak singgah lagi umah tokwan, cuma pakunggal dan maksu jek yang gerak pagi tuh bawak sekali tokwan dan opah.
Sejak tokwan selalu tak sihat ni, memang opah dan tokwan jadikan umah tapah tu hanya sebagai singgahan jek. banyak habiskan masa kat cheras umah mama, semenyih umah makchik, putrajaya umah pak unggal atau shah alam, umah ibu. Kami pun dah tak balik berkumpul ramai2 tiap2 bulan macam dulu2 sebab tokwan dah ada kat sini.
Ok2...berbalik pada kenduri tuh. Anak tokngah yang nombor 2 kahwin dulu, langkah bendul la kire nih. kakak nya masih belum kahwin lagi. Takpe la, dah sampai jodoh tak boleh buat apa. Kalau ditengok gambar2 yang ibu snap, banyak gambar kakak dengan anak2 mama. Yang jadik cenggini pasai time balik ibu snap banyak gambar, tapi time balik nih la, mak long sekorga dah gerak dulu pasai diorang nak singgah kole cari baju sekolah, naqib anak makchik pulak, dah penat sangat, jadik dah tertido....tinggal anak ibu ngan anak mama jek la yang tak reti penat..=)
Hemmm..kalau tengok gambar nih, rasanye anak cucu tokwan jek pun dah boleh buat gegak gempita satu kedai makan....nih pun, masih ada anak2 tokwan yang dalam tempoh "planning", kalau dah lepas tempoh tuh, mau lebih meriah dengan kanak2 ribena..he.he.....
Tokwan yang dah semakin sihat, tapi masih perlu selalu berjumpa doktor untuk checking bulanan....
Monday, December 19, 2011
Henna..
Ibu dah letak gambar dulu, baru nak bagi cerita nih. Ada pulak orang cakap anak ibu nanti besar buat tatoo kat badan... iskkkk pelik2 jek. Apahal pulak la anak ibu nak pi buat tatoo kat badan, bukannya orang putih. Yang inai ni, dah budak2 berlari-lari, tengok org buat inai nih berkenan, ibu kasik can jek la kat kakak. Ibu pun tak pasti hukum nye macam mana. Tapi inai nih pun bertahan 3-4hari jek, lepas tu dah hilang..... Pada ibu takde masalah pun, tapi kalau orang lain tak suka, jangan la bagi anak dia buat macam nih. Ibu sensitif jugak bab2 yang menyentuh perihal anak ibu nih....
Sambung balik bab cerita henna nih. Kami ke up town kat puchong nih. Saje jalan2 lepas pekena ikan masak stim dan sup cendawan kakak...perut dah kenyang, kalau terus balik, mau terlelap sebaik sampai kat umah...maklum la, kenyang..he.he.....
Yang buat tangan kakak nih auntie pakistan...bersungguh2 dia suruh ibu buat sama. Iskkk... ibu mmg tak minat. kasik can kat kakak le. Buat camni, dia caj rm5 sebelah tangan. Budak bertuah nih, memula ibu suh buat sebelah jek.. lepas dah siap, pandai2 jek dia letak sebelah tangan lagi... aduyaiiiii memang perempuan betul....=p
Subscribe to:
Posts (Atom)