Monday, August 11, 2008

Demam

Salam...
Skang ni musim bebudak kene demam. Khalis pun lepas lik PD ari tuh, dan sihat 2 - 3 hari. Rabu tu kene demam. cian anak ibu nih, batuk, selsema teruk...tapi khalis cam bese le, tetap ligat ke sana sini main. Cuma bila badan dia rase pelik sangat, baru le dia bunyi merengek...tak sedap badan. Kali nih lame khalis demam, sampe ahad pun masih demam lagi...nasib baik tak panas sgat...cuma suam2 kuku. Semalam ibu ngan ayah wak khalis ke klinik kesihatan kat bukit kuda...kononnya nak elakkan org ramai cam kat klinik sek.7 tuh. Upanya sama gak...org ramai gak. Dari kul 9 sampe 12.15 tunggu baru khalis dapat jumpe doktor. Ibu ngadu macam2 kat doktor tuh, lepas cek doktor cakap khalis demam bese jek. Dia bagi ubat suh masuk ikut tuuuut...khalis. Alhamdulillah...ptg semalam dah kebah. Ibu risau, takut kot sakit pelik2 jek. Pagi tadi khalis dah mula peluh balik bila hisap susu....mase demam 6 hari tu, langsung tak peluh.
Nih ada gambar2 khalis, first time ayah wak main kat taman kanak2. Tak tau le nak komen, khalis cam sonok, tapi gambar yang ayah snap...sume muka konfius. Khalis gi berdua ngan ayah jek...tu pepagi benor, 7.30 tak silap...bebudak lain tido lg. Kalau ibu yg snap..selalu khalis senyum atau ketawa besar...he.he..ayah tak mesra kamera.

Khalis pulak, kalu senyum besar sangat...mata tak nampak dah. Kalu ketawa besar sgat, muka pun jadi pelik sikit...=), tapi pada ibu khalis tetap comel...he.he..






Nih gambar khalis, memula dapat toys ada bunyi dan boleh gerak...sonok sangat, asyik duk bergolek ngan mainan tu jek....tapi bukan dia nak bagi benda tu jalan, tapi benda yg berpusing kat bawah tu dia letak kat mulut dia....hisss...mcm2.









No comments: