Sunday, September 7, 2008

Khalis Damia dah setahun...

Kalau ikut bulan, bulan nih, khalis dah cukup setahun. 21hb nnti besdey khalis, ibu duk pikir camne nak celebrate nih....ulangtahun pertama, ibu nak wat besar gak la...nak jemput mak pengasuh khalis, kawan2 seangkatan khalis yg dijaga mak midah khalis tuh, dan bebudak kat bawah tuh....tapi duk pikir bila nak wat. Lepas raya mcm lambat sgt. nak wat bulan pose nih, org sibuk berterawih pulak...agaknya ibu wat kat umah abah jek la 26hb nnti. Khalis sama tarikh lahir dengan Wan dia...tengok le camne nanti. Nih ada cite sedih, pada ibu, sampe la ni takleh nak lupa. terasa-rasa jek...cite nye camni. Ari selasa baru nih, khalis selsema, ibu ngan ayah wak khalis ke klinik. Sampe depan klinik tuh, ibu ayah duk berborak lagi nih. sebelum ayah mati enjin kete, ibu tekan button tutup tingkap tuh, bila dah dekat sgt cermin tu nak rapat, ibu pandang ke ayah, sekali tengok khalis masukkan tangan dia sebelum tingkap tu rapat. ibu tengok muka khalis, cam terkejut jek dia, lepas tu baru dengar suara khalis menjerit nangis tuh, cepat2 ibu suh ayah start enjin, patut nye ibu tekan jek la bukak tingkap tu, tapi bab panik ibu leh tengok kat ayah jek...kelam kabut ayah tekan button tuh, baru tangan khalis lepas. khalis dah takde suara....aduhai...ayah amek wak keluar kete. tangan khalis cam biru, cam leper, cam sakit...ibu tak sengaja...ibu pun nangis jugak. sebelum ibu kuar pi kat khalis, ibu letak tangan kat cermin tu, lepas tu test tutup, terkepit jek tangan tu, cecepat ibu tekan balik button bukak tu....ya Allah sakit nye...tu tangan ibu, camne tangan khalis yang kecik tu.. hu..hu..hu..ibu bebetui tak sengaja...sayang anak ibu. menangis keluar air mata, lame gak baru benti. Jumpe doktor, suh cek sekali, takut patah ke ape, tulang khalis lembut lgi....ibu tak sengaja khalis....

Balik klinik, ayah ibu wak khalis pi tesco, nak cari mainan baru tuk khalis, sebagai tanda sesal ibu...dan wat ubat tangan khalis, dan hadiah wak khalis bab kuat....cayang anak ibu. Yang kuning ni....khalis tekan, siap joget2 lagi..he.he...anak ibu dah sihat le tu. Yang umah ni pulak, kawan ayah bagi ari tuh, khalis main kejap jek..lepas tu, orang kecik dalam umah tu, jadi mangsa khalis...nak susu le tuh....he.he...






Ni antara koleksi mainan khalis, yang masih boleh dimain. Banyak dah takleh main, pecah la, tercabut la, tertanggal la....ganas jugak anak dara ibu ayah ni. Boleh la...janji sihat dan hepi sokmo.




Ni pulak ulat, ibu li kat khalis sebelum pose ari tuh, ingat nak wat hadiah besdey nanti, tapi ibu yang tak sabar2 nak bagi khalis main...khalis pun sayang ulat nih, lagi2 tang hidung ulat tu, jadi mangse kiss khalis....kadang2 sampe basah..





No comments: