Thursday, January 1, 2009

Sejenak Mengenai Cinta Pertama

Cinta ni banyak definisi nye...yang pasti ia satu perasaan indah, setiap insan yang hidup di muka bumi tuhan ini pasti akan merasainya... Ibu nak story shikit pasai bab perasaan ni, bukan pe..ada kisah yang berlaku, menyedarkan ibu walau kite telah tinggalkan halaman semalam dalam hidup kita...rupanya masih ada yang belum dapat melipat kisah semalam, membuat ibu turut merasa terharu...(terjiwang miwang pulak ibu). Kawan satu sekolah ibu masa dulu2, akan melangsungkan perkahwinan, jadi ibu sampai2 kan jugak pada kengkawan sekolah yang mane ibu ada simpan contact no....termasuk la, first love ibu....upanya dia dah tak pakai fon tu lagi, sebaliknye dah berikan pada adik perempuan. Nak jadi cerita, bila ibu coll nak inform, adik dia angkat dan siap tanya sapa nih...lepas kenalkan diri (of course le bg tau kawan satu sekolah) disampaikan le jemputan walimatulurus tuh... Malamnye, mase ibu duk rehat2 ngan khalis dan hubby, si adik ni mesej le...satu mesej yang menyentuh sudut yang jauh tersimpan, terlipat kemas di hati ibu.

si adik bertanya kenapa ibu kawin dengan orang lain, kesian pada abg dia, hari2 duk sebut nama ibu..

..hu.hu.hu...hati mana yang tak terharu...walau ayah khalis rase marah, ibu tau dia cuba sebaik mungkin, bertindak rasional...time kasih abang..cinta pertama tu datang sekali jek dalam hidup kita....cinta yang datang selepas itu takkan sama dengan yang pertama...tapi ibu dah tutup buku, tutup perasaan pada yang lain...hanya ayah khalis yang bertakhta...kasih shayang ibu tertumpah sepenuhnya pada satu-satunye teman hidup ibu, ayah kepada anak ibu...



JIKA IA SEBUAH CINTA
jika ia sebuah cinta…ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta……… -[JEJARI HALUS]-



**Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
**Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
**Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
**Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
**Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
**Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
**Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
**Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
**Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
**Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
**Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
**Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
**Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
**Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
**Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


2 comments:

kehidupan yang bakal cikgu lalui.. said...

hmm....sedih...nak tambah satu lagi...tuhan tidak akan menjodohkan kita dengan orang lain, sekiranya kekasih kita tidak punya jodoh yang lain untuk dirinya...subhanallah..

Kay said...

kak ana..
yg indah utk dikenang...
yg pahit utk ditelan...