Tuesday, July 21, 2009

Kurniaan Ilahi...

Khalis Damia, permata hati Mohd Tajarudin & Noor Dahliana, dilahirkan 21hb September 2007, jam 09.55 minit malam, hari Jumaat dengan berat 2.78 kilogram. Mase baby lagi dah baik sangat anak ibu nih, jenis tak kuat meragam...ibu nih awal2 dah gabra, bukan ape,mmg ibu jenis cepat panik kalu budak nangis nih, lagi2 baby...dah la kecik, nangis tu dah sampe takde bunyi (org perhgok panggil mengege). Satu poblem budak baik nih, dari tapak kaki kecik, sebesar dua jari ibu jek....tido mesti nak buai, dan buai mesti yang tak berhenti "mem"buai....akibatnya, ibu ngan ayah kene beli mesin enjut buai tuh....baru mlm leh tido lena. Hatta sampai skang nih pun, bila khalis nak dudu jek, kalu dia mintak buai...buai tu tetap jugak mesti "mem"buai tak berhenti..hu.hu.hu...


Skang dah pandai macam2...kejap jek anak ibu dah besar. Asal ajak kuar naik kete jek, mesti khalis cakap nak pi "teeeco" (tesco), asal nampak masjid jek cakap "ajan"(azan), kalu ibu betulkan ibu ckp bukan ajan, masjid...dia ulang "maaajid", kalau lalu kat mcDonald, "bubur"... kalu nampak sungai atau kolam "air"....

Khalis damia sambut hari lahir yang ke setahun tahun lepas, mase bulan ramadhan, sangat meriah sebab sume mak2 sedara dia ada datang, maklong sekorga dan tokwan ngan opah pun datang...mokdik (adik ayah) pun datang jugak....lagi pun hari lahir khalis sama dengan hari lahir tokwan. September ada lah bulan yang paling ramai dalam korga ibu lahir, tokwan sama ngan khalis 21/9, pak unggal 20/9, anak maklong yang sulung maiziatul aqillah 23/9.


Tahun nih, khalis damia akan sambut hari lahir, betul2 jatuh pada 1 syawal....=). Dan tahun nih jugak, untuk kali pertama kami akan sambut aidilfitri di umah atuk dan nenek kat besut, ganu. Ayah senyum lebar jek, selalu kalau aidilfitri umah tokwan, aidiladha baru umah atuk...tapi tahun nih, ayah nak tukar pulak....ibu la yang paaaaaling shedih, bukan ape...selain miss nak mintak ampun maap ngan tokwan dan opah, miss jugak nak makan lemang ngan rendang panas2 malam raya...hu.hu.hu.... Harap2 aidilfitri kat ganu nanti se'best' kat tapah..kan khalis? Dan birthday khalis, mesti ayah ibu akan wat best2 punye....sebab tak kire kat mana pun, khalis damia tetap permata hati, pengarang jantung ibu ayah.....

No comments: