Sunday, December 13, 2009

Pertunangan...

12 Disember, jadik pilihan pak unggal khalis untuk mengikat buah hati dia, Zatil Hanan. Majlis berlangsung di rumah pihak perempuan di putrajaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tokwan dan opah hari Jumaat dah lepak2 umah khalis, maksu pun ikut sekali, kebetulan nye, dah nak masuk balik ukm...sebulan maksu bercuti, mesti dah puas hati le tu....lepas rindu kat opah dan tokwan.

Ramai jugak yg join majlis bertunang pak unggal. InsyaAllah akad nikah dan kenduri akan dibuat bulan ogos tahun depan, 3 hari sebelum ramadhan kalau tak silap ibu. Khalis pulak, sabtu tu memang hari paling penat dlm hidup dia kot..he.he.he... ye la, cuaca dah la panas, dia pulak sibuk berlari sana sini dengan geng2 dia...anak2 makngah, anak2 maklong, dan ada anak2 opah su. Majlis yang bermula pukul 1, selesai lepas kitorang siap berbincang dan menjamu selera, lebih kurang dekat2 kul 3 camtuh. Terus kami beramai-ramai menuju umah makchik dan pakchik khalis. Emmm...makchik khalis dah pindah umah sendiri...alhamdulillah, rezeki anak le tu kot, baru dapat baby, baru dapat kunci umah baru...best.best...

Malam tuh, lepas selesai majlis doa selamat kat umah makchik, tokwan, opah dan maklong sekorga ikut ibu balik ke shah alam. Pagi2 diorang sume nak bertolak ke p.pinang pulak, ada kenduri jugak kat sana.

Tahniah dari khalis, ibu dan ayah untuk pak unggal. Tuh darah dah manis tuh, jangan selalu gaduh2 pulak nanti, banyak ujian nye org dalam alam pertunangan nih, mcm2 dugaan jugak akan datang bertandang..so kuat kan jiwa.

Tahniah jugak untuk makchik, sebab dah duduk umah sendiri...Ibu tumpang sonok, tah bila pulak rezeki kami nak merasa duduk umah sendiri...asyik menyewa jek....doa2 kan la ek...=)




Masing2 bawak 7 dulang barang, yang silver untuk pihak perempuan, yang gold untuk pihak lelaki....


siap wat tempat bergambar gituh...comel gak




Berbincang....siap pantun bagai



Sarung cincin, opah pun senyum jek manjang....he.he..he...



Tunang pak unggal khalis.....Zatil Hanan



khalis damia..asyik berkepit dengan k.mira dia, anak mama (makngah)



Nih le akibat nye kalau suh org tlg amek, dia main snap jek, sampai muka bakal mak saudara khalis nih terpotong..iskkk. Ni le barisan cucu2 tokwan, yang baju kurung..3 orang tuh anak maklong, si bongsu najibah kat dukung mak dia so takde dlm gambar, yg pakai seluar 3 orang tuh anak mama (makngah)..yang kecik sekali tuh, anak ibu le....=). Anak makchik takde sebab makchik masih dalam pantang....



makan-makan....



pengantin lama..he.he.he..nak jugak menyibuk




Dapat jugak ibu curi2 snap gambar pak unggal dengan
tunang dia....=)

No comments: