Pukul 12 lebih, ibu..ayah dan kakak sampai kat sepital tapah. Dari jauh nampak maklong dan opah, duduk di bangku luar wad kecemasan. Opah cerita apa yang jadik pagi tuh. Ibu masuk dgn ayah dan kakak, tengok tokwan yang masih ditempatkan di wad kecemasan, menunggu untuk dihantar ke sepital besar ipoh. Sayu rase hati...tuhan ajek yang tahu. Ibu tak pernah tengok tokwan selemah itu....sesakit itu. Pedih mencucuk di hulu hati ibu.... satu-satu nye lelaki dalam hidup ibu, yang ibu tak pernah tengok dalam keadaan begitu. Tokwan sangat kuat...ibu selalu tengok tokwan dalam keadaan yang selalu ceria bersemangat, senyum ketawa, gurau senda, merajuk dan marah...tapi tak pernah seperti itu... Saat ibu menyalami tangan tokwan, ibu tak dapat langsung menahan tangisan ibu...tokwan pun berair mata, tokwan pun menangis. Hati anak mane yang tahan bila melihat abah dalam keadaan itu. Seorang demi seorang anak2 tokwan sampai. Semua tak dapat menahan rase pilu. Kami memang sangat sayangkan tokwan.
Opah nampak tenang. Tau...dalam hati opah, tuhan saje yang mengerti. Opah nak kami tengok dia sentiasa kuat..untuk Tokwan. Menjelang petang, dalam pukul 6 lebih, baru ambulan bertolak ke hospital besar ipoh, bawak tokwan. Ayah kakak naik sekali dalam ambulan, opah ikut kami. Pada awalnye, pihak hospital suspek tokwan ada masalah buah pinggang, berikutan kencing manis tokwan yang memerlukan tokwan makan ubat, dah 20 tahun. kebas kaki dan tangan, sama ada buah pinggang atau jantung. Berulangkali darah tokwan diambil. Sampai lebam dan pecah darah, lengan tokwan nampak hitam, lubang2 cucuk jarum di tangan, kaki dan hujung jari tokwan jelas kelihatan. Kasih kami pada tokwan bertambah tebal, kami bertambah syahdu. Opah masih kuat bertahan.
Jumaat 9/4/10, pukul 4...tokwan dipindahkan masuk ke wad ICU. Suspek denggi. Platlet dalam darah tokwan rendah. Mengikut kata doktor, naik tidak platlet dalam darah, bergantung pada antibodi tokwan. Dugaan tuhan. Doktor pun cakap, ada risiko pendarahan.. Sabtu 10/4/10, pagi...gusi tokwan berdarah. Tokwan nampak begitu lemah sekali. Tokwan pun cakap yang bukan2 jek, menakutkan kami.
Ahad 11/4/10, 6.30 petang tokwan dah boleh keluar ICU. Pada kami, tokwan nampak masih sama. Lemat sangat. Menurut doktor masih ada sisa saki baki virus denggi dalam darah tokwan, masih perlu dipantau, di samping kencing manis tokwan masih tinggi. Hari Khamis 15/4/10, tokwan boleh keluar, discharge dalam pukul 4 lebih. Lega bila dengar...tapi bila tengok tokwan...tau tokwan masih belum sihat. tokwan tak larat berjalan, perlu dipapah. Jumaat 16/4/10, malam, tokwan demam balik. Sampai menggigil. Tokwan tahan kan. pagi sabtu 17/4/10, nampak tokwan kebah sikit. Pak unggal nak bawak ke sepital, tapi tak wan tanak. Petang Sabtu 17/4/10, bawak jugak tokwan ke sepital, tokwan pun dah tak tahan. Tokwan dimasukkan semula ke wad, sekali lagi semua proses ambil darah untuk tujuan ujian dibuat...kasihan tokwan. Darah tokwan ada virus, tapi doktor tak pasti pulak virus apa. Tokwan terus dipantau.
Doktor masukkan antibiotik dalam badan tokwan. 2 jenis antibiotik. Yang pertama Isnin 19/4/10, badan tokwan tak bertindak balas, doktor ckp mungkin sebab kencing manis tinggi. Doktor ckp, akan tukar antibiotik, jika badan tokwan masih tak respon, diorang nak antar tokwan ke hospital ipoh semula. Antibiotik kedua Khamis 22/4/10, menjelang petang lepas diuji... Alhamdulillah, berkesan. Jumaat 23/4/10, doktor yang cek tokwan pagi tuh, beri khabar gembira kat opah yang setia menemani tokwan...kalau sume ok macam sekarang, tokwan boleh keluar Isnin 26/4/10. Sabtu 24/4/10, pagi....mata tokwan sepet sebelah. Tak ada ketumbit pun, cuma kelopak mata tokwan yang kelihatan bengkat dan menyebabkan sepet. Tokwan masih pening, tak pasti kenapa.
Isnin 26/4/10, opah cakap doktor tak benarkan tokwan keluar lagi sebab nak cuba tak bagi insulin, tapi mkn ubat jek....mungkin doktor fikir insulin buat tokwan pening. doktor bagi dua hari untuk cuba pil. Selasa 27/4/10, tokwan balik semula ke insulin. Doktor mula risau tengok mata tokwan. Nak hantar tokwan ke hospital teluk intan untuk checkup mata. Rabu 28/4/10, petang...tokwan masih belum dihantar untuk pemeriksaan mata. Khamis 29/4/10, maklong cakap doktor dah running test mata tokwan, ok....jadik diorang suspek ada problem pada telinga yang boleh sebabkan pening dan mata sepet. Running test untuk telinga.
Jumaat 30/4/10, opah cakap, doktor nak bawak tokwan ke sepital ipoh untuk jumpa pakar. Tak pasti lagi bila akan dihantar.
Doa opah dan anak2 tokwan akan sentiasa bersama tokwan. Semoga tokwan cepat sembuh. Terima kasih opah, menjaga tokwan dengan penuh kesabaran. Kawan2 yang baca blog ibu, blog kakak ni.....minta doakan semoga tokwan kakak cepat sembuh.
2 comments:
Di dunia ini siapalah lagi yang lebih dekat dihati kita selain ayah dan ibu...Mudah2an abah dapat bersabar diatas ujian ini dan sy berdoa agar kesihatannya cepat pulih seperti biasa..Aminn.
Pacik Din.
Ekstrak Herba bantu atasi masalah elak risiko Diabetes
Post a Comment