Tuesday, October 25, 2011

Mari melukis...

Kalau mood ibu baik, mmg ibu layankan aje permintaan budak bertuah sorang nih. Tapi selalunya mood ibu MALAS jek manjang..he.he.... Tapi hari tuh, tah camne bila kakak tanya "buleh tak kakak nak melukis ibu?" Bila tengok muka kakak tuh dah macam watak kucing dalam filem shrek tuh...puss in booth, dengan mata bulat berkaca-kaca, ibu pun tak sampai hati tak melayan...."bulehhhhhh..jom".


Apa lagi, sonok tak terkira le kakak. Dengan semangat nye dia pi amek cawan letak air, amek benda alah bulat yg dia guna untuk letak kaler, amek lukisan dan berus dia...sekejap jek dah bersila, konon2 ready nak melukis le tuh...layan jek la. Hasilnya? Buleh la untuk budak yang belum sekolah....kreativi diorang nih memang tinggi...orang pun buleh kaler oren =p.



Tengok la anak ibu yang bersemangat waja...bukan main fokus (siap bersila panggung bagai...)



Pakai tangan pulak...tuh bila ibu tanya "apa tu kakak". "Orang la ibu, apa la ibu ni" (oic...kita pulak yg salah....iskkk)


Hemm....yg ibu tau dan paham lepas kakak explain lukisan dia...tuh ada orang, ada matahari dan angin?...


Suka sangat buah hati ibu ni....yeaaayyyyy!!


Bila dah siap melukis nih....bukan takat bekas2 tu ibu kene basuh, tangan kakak pun basuh, dan baju ngan seluar tu semua pun kene rendam...habis semua kene kaler



Dah penat melukis, mintak mee maggi satu.....lapar le tu. nah amek.....ibu senang kerja (jangan ikut perangai tak senonoh ibu nih...=p).



Muka budak puas hati......he.he....




Amek gambar...



Saje2 petang2 hari nih, dah duduk2 takde keje nih. Ibu tengok ada banyak lagi stok gambar kakak yang duk terperap dalam kamera nih. Pelan2 nak kuar kan la. Biar la org ckp ibu cam takde keje lain, asyik duk tepek gambar anak ibu jek. Dah tu...takkan ibu nak tepek gambar anak orang lain pulak...hu.hu...(sendiri tanya, sendiri jawab...confirm buhsan nih).

Dah tu...nih ibu tepek la gambar buah hati ibu. Kakak masih belum sekolah. Tak banyak cerita yang nak dicerita kan kat sini + ibu pun takde modal. Kepala blur jek...




Monday, October 17, 2011

Dugaan..

Bulan Oktober tahun nih, mmg macam2 dugaan yang datang. Kenapa ibu cakap macam ni pulak tetiba kan?



Sebab nih....


4 & 5 Oktober 2011 (Selasa & Rabu)

Gerak balik ke ganu pagi 4hb dalam pukul 10 pagi. Nenek ganu telefon ayah, cakap tokchek kakak (atuk ayah) dah nazak. Suh balik cepat sebab takut tak sempat jumpe. Ayah dah pernah terkilan sekali masa arwah isteri tokchek sakit, sebab duk tangguh2...last2 tak sempat jumpe sebelum arwah meninggal. Kul 8 malam baru sampai, 10 jam perjalanan disebabkan dek hujan lebat dan lori yang banyak sepanjang perjalanan dari shah alam ke jerteh..hu.hu... Tengok tokchek, macam tu jek la.....sakit tua, tak lalu makan dan mengeluh sepanjang malam, mungkin sakit badan. Pagi pun, tokchek masih macam tuh. Petang dalam pukul 3, kami dah nak gerak balik ke shah alam. Cuti dah tak banyak, nak tak nak kene balik dulu la. Ayah peluk tokchek, dan cakap kami akan balik raya haji nanti, nak raya ngan tokchek. Kakak nak salam pun takut2...mungkin sebab keadaan tokchek yang kurus sangat, dan berbaring jek. Sampai dalam pukul 1 pagi macam tu...pun ditemani hujan lebat dan lori balak yang banyak.


11 & 12 Oktober 2011 (Selasa & Rabu)

Pukul 9.50 pagi macam tu. Ibu kat ofis tengah keje. Dapat panggilan telefon dari makdik kakak (adik ayah), bagitau arwah tokchek dah takde. Allah....Innalillahiwainna ilai hi rajiun. Terus call ayah dan plan dgn makdik, paklong (abang ayah) & pakmuda (pak sedara ayah). Semua nak balik, ayah ckp mungkin sempat kalau kebumi lepas asar. Masing2 janji jumpe kat kampung jek, tak mau tunggu2 sebab semua duk kejar masa. 11 pagi, lepas amek kakak dari umah pengasuh, kami gerak dari shah alam. Alhamdulillah, tak hujan dan lori pun tak banyak berbanding ketika kami balik minggu lepas. Ayah bawak laju tak hingat...ibu pulak yang duk beristighfar dalam hati, bila dah tak tahan tengok ayah asyik duk motong jek, ibu pun sound ayah.....hati-hati ler, jangan kita yang nak balik ni pulak tak sampai.. baru la ayah releks sikit. Tak berhenti makan pun...takut sampai lambat. Cuma beli kentang McD dan bubur jek, sian pulak kakak kalau biar dia berlapar. Dalam 5.40 camtu kami sampai, sempat la ayah follow jenazah ke kubur. Hujan turun dengan lebatnye lepas selesai kebumi. Nenek mmg sedih sangat....ye la, ayah nenek dah takde.



Malam tu, ada buat tahlil sikit untuk arwah tokchek. Awal pagi esok nye, kami beramai-ramai ke kubur untuk sedekahkan surah yassin pada arwah tokchek dan arwah mak (nenek ayah). Dalam pukul 11 pagi, kami dah bergerak balik shah alam. Ayah nampak penat sangat...sian jugak ibu tengok. Kakak pun lembik semacam jek, penat berjalan kot...lagi pun lama dalam kereta.



Ayah dukung kakak, pagi kan..rumput masih basah, pacat bukan main ramai lagi....



Semoga roh arwah tokchek tenang di sana..amin



16 Oktober 2011 (Ahad)


Hari Ahad dalam pukul 12 tengah hari, maklong telefon ibu. Cakap tokwan dimasukkan ke hospital tapah pagi tu pasai demam dan sakit perut. Ibu pun kelam kabut le telefon ayah. Dalam 12.30 maklong telefon semula, cakap hospital nak transfer tokwan ke hospital besar ipoh. Syak jangkitan kuman pada tiub kencing tokwan yang kat perut tuh. Makngah kebetulan memang ada kat tanjung malim, pergi kenduri kahwin kawan dia....jadi makngah terus ke ipoh dari sana. Makchik pulak cakap nak gerak dah dalam kul 2 camtuh, diorang pergi amek maksu kat sepang sekali. Ibu duk tunggu, ayah tak balik2 gak lagi. Dalam kul 4 petang ayah sampai, terus ajak kitorang gerak. Ibu ngan kakak mmg dah ready dari awal. Bukan apa, risau.



Sama jugak...ayah bawak kete laju tak hingat. Kul 6 petang, kami dah sampai kat hospital ipoh. Terus ke wad 2a. Mula2 tengok tokwan, mmg rase sebak semacam. Tokwan nampak sakit dan lemah, dengan badan yang panas, dan mask gas kat mulut dan hidung tokwan. Perut tokwan nampak bengkak dan merening, kaki pun bengkak jugak. Doktor dan jururawat bergilir amek darah tokwan, nak cari punca. Scan paru2 dsbnya.




Opah nak balik ambil baju sebab kami nak request untuk transfer tokwan ke hospital serdang. Makngah kul 6 lebih dah kene balik le, sebab esok isnin tuh, kak mira & kak biha ada exam akhir tahun. Maklong lepas tokwan dah dibawa ke hospital ipoh, bergegas pulak pi hantar anak sulung dia, kak ilah ke MRSM Grik. Tinggal Makchik dan ibu. Makchik bawak opah balik. Ibu tunggu tokwan, ayah ngan kakak lepak2 kat bawah (ye le, sepital kerajaan ni straight, cukup time naik la guard tu sound "mase melawat dah abis ye"....



Kat kul 12 opah sampai, ibu pun nak balik dah. Opah tunggu tokwan la malam tu. ibu ngan ayah tak dapat nak cuti dulu isnin tuh pasai dah dua minggu berturut2 cuti. Makchik ngan pakchik stay tapah malam tuh, pasai isnin diorang cuti nak uruskan mintak transfer tokwan ke serdang.



17 Oktober 2011 (Isnin)

Tokwan menjalani ultra sound untuk tengok perut dan buah pinggang dia. Alhamdulillah, bengkak dah surut dan tokwan tak rase sakit lagi. Demam pun dah kebah. Jangkitan pada bahagian lain badan tokwan, dan insyaAllah doktor akan terus masukkan antibiotik dan kalau tokwan ok takde apa2 masalah mungkin 18hb @ 19hb boleh keluar. Kesimpulan yang doktor bagi.....tak leh transfer tokwan ke serdang


18 Oktober 2011 (Hari ni....Selasa)

Pukul 6.30 pagi, ada mesej kat fon ibu. Makchik hantar mesej, nyang pahang (tok perempuan ibu) dah nazak kat hospital kelang. Allah....kan betul ibu cakap, dugaan? Bertimpa-timpa datang.....insyaAllah ibu ngan ayah redha...sentiasa percaya pasti ada rahmat di sebalik nya.




Sunday, October 9, 2011

Ada ke patut...




Kakak baik demam hari tuh...bukan kami suami isteri nih nak buat doa selamat ke hape ke, tapi bawak kakak pi tengok wayang pulak..he.he.... ada ke patut? Sebenornya, ada hari yang makdik sefamily mai umah...diorang duk cerita la nak bawak umairah ngan alhamrah pi tengok cite bini-bini ku gangster... Kakak duk dengar sebenornya (walau pun dia buat2 cam tak dengor). Bukan main seronok bercerita kak umairah nye...minat sangat dengan watak utama cerita tuh. Ayah pulak mmg ada janji nak bawak kakak pi tengok wayang bila dah gaji. Haaa...dah tu amek! Anak sihat jek...duk tanya2 bila nak jalan2 tgk wayang. Ibu mmg confirm la SETUJU ajek...=p.


Kami pun pi Jusco Bukit Raja. Ada cerita seram thailand yang ditayangkan...ibu pun dah tergedik2 nak tengok cite hantu...tapi pasai pikir kakak punya pasal, nak tak nak..kene le join cite yang sama...Bini-Biniku gangster. Ok la jugak cerita nih, boleh jugak buat orang ketawa... boleh tahan la. Ada iklan cerita toyol (alaaa budak kecik watak jahat dalam cite geng bas sekolah jadi toyol nye...). akan datang nanti, rase cam nak pi tengok, kakak pun bukan main ketawa tengok preview cite tuh. Tengok le camne nanti.....


Macam bese, ibu jadi camera man tak bertauliah....layanzzz


Kakak kalau suruh pose...kat mana2 pun boleh =p





" confirm ke nak amek gambar kat pokok bunga nih?"



"stop dulu ayah....gambar satu ibu!"



"..heeeeee"



"emmmm...."



alahai anak ibu......bukan main kuat ko genggam tangan mamat tuh ek






Hadiah kakak lagi...

Dah cite macam2 pasai besdey kakak yang lepas. Tapi tak masuk pulak gambar dan cite pasai present yang ibu dan ayah bagi kakak. Tuh dia...ayah bawak jauh sampai The Mines kat sri kembangan nun nak carik hadiah kakak. Dulu2 ayah keje kat sini le.....



Ibu mmg dah lame tingin nak bagi anak ibu benda alah nih....ye le, mase ibu kecik2 dulu, selalu teringin nak benda ni...tapi time tuh mmg tak dapat la. Mase kakak masih ala2 baby gituh, kakak toksah kate nak main ngan benda nih, kalu bagi dekat terus melalak...almaklum jek la, penakut sangat, bear pun nak takut...tah apa2.



Sampai kat kedai yang mmg jual macam2 rupa dan saiz benda alah ni...ibu pun ape lagi, mula la menghasut kakak, yang nih best la, yang besar ni bagus la...leh wat peluk, leh wat kawan kakak bila dah mula tidor bilik sendiri, dan macam2 la....satu pun hasutan ibu tak jalan. Cehhhh.... Kakak nih mmg sepesel sikit....asal benda tuh besar jek, datang fobia dia (macam watak kartun upin dan ipin, kalau kecik comel jek..kakak jadik geram nak picit2...bila bwk jumpa org yg pakai costume upin ipin tuh..haaa amek ko..peluk ayah bukan main kuat, salam pun tak mau...nangis lagi siap...isskkkk). Ayah pulak mmg nampak cam pucat sikit..he.he.....ye le, kalu yg besar tu, sampe cecah rege rm300 pun ada. Bila kakak dah pegang sekor benda alah tuh, yg mmg dia berkenan...ibu pulak rase cam ada tak kene. Yang kakak pegang nih bear ke dog?....he.he.he... menda la anak ibu nih, mmg la comel yang kakak pegang tu, tapi tengok hidung ngan ekor dia la... tu hanjing anak ibu oiiiii, tak syok la peluk2 dia pulak..haram tuh... Sudah nye ibu pujuk2 suh pilih yang lain, mane2 la yang kakak suka. Kakak amek la mcm yang kat bawah ni. Ok la... ayah pun leh tarik napas balik..keh.keh.keh...








Yang gambar bawah ni pulak, ada satu malam lepas beberapa hari sambutan besdey kakak berlalu. Ada beberapa kawan ayah kat giant yang suh ayah singgah le kejap kalau ada ke puchong tuh....bawak le sekali anak dara nan sorang nih. Sekali nye, rupa-rupanya...ada dua tiga org nih yang attend sambutan kakak tempohari, datang tuh tak bawak apa. Tapi nak jugak kasik present kat kakak. Lebar bukan main senyuman buah hati ayah ni bila dapat lagi hadiah. Bila suh salam, malu-malu (maklum jek la, kawan2 ayah kan lelaki....mau tak segan budak nih), tapi bila diorang hulur hadiah....berdesupppp kakak sambar. Aduh la....malu ibu anak oiiii, mana ciri-ciri kelembutan dan kesopanan tuh...he.he.he..... Terima kasih daun keladi kat saing-saing ayah tuh....




ada sorang saing ayah tanya "anak mu suko coklat gapo?"....rgupanya nak bagi hadiah =p

Kakak & Tart Nenas

Anak ibu nih ada banyak makanan kegemaran sebenarnya. Cuma makan nye tuh, ikut pada mood dia...ada masa dia akan makan baaaaaanyak, ada jugak masa akan sentuh sikit jek. Tapi semuanya pada benda yang memang dia suka la...macam bubur McD, kentang goreng McD, ayam KFC (kulit sahaja), cheezy wedges KFC, coklat snickers, aiskrim Magnum, Nasi putih + ayam goreng, Nasi putih + kuah kari, mee MAGGI ayam, roti canai cicah kari, capati cicah kari & satu-satunya jenis kuih yg dia suka tart nenas.



Al-kisah tentang tart nenas yang ibu nak sentuh dalam cerita kali ni. Pesen budak nih kalau makan tart, HANYA akan makan semua nye kecuali jem nenas tuh. Jadiknya, lepas kakak makan, ibu kena la buang jek semua jem yang tertinggal tuh. Sampai licin tepung yang menyaluti jem tuh kakak kerjakan. Suka sangat dia.....Tart Nenas yang ibu beli untuk syawal lepas, kakak sorang jek yang kerjakan sampai habis (tapi berperingkat le, takde le sekali hadap jek). Tengok jek la muka budak hepi dapat makan tart nenas......layannnzz






Thursday, October 6, 2011

Jerteh

Kami balik jerteh pukul 12 tengah hari, hari Selasa. Ibu dah takde cuti, jadik nak tak nak, kene la pi amek mc jugak. Dah nak tengok orang tua sakit, kalau dekat boleh la pergi balik hari jek, ni jauh sangat....mau pengsan ayah kalau balik hari. Kakak panggil Tok Chek la kot sebab ayah panggil Chek, sakit tua...dah lebih seminggu tak mau makan. Bawak sepital pun, diorang bagi masuk air, lepas tu suruh bawak balik jek. Memang takde sakit yang khusus.....cuma sakit tua.





Kakak yang hepi sangat bila tau nak balik kampung nenek....





Ibu pun nak jugak interframe..he.he..





Mase gerak cuaca dari s.alam masih ok. Redup gituh, tak panas. Makin lama perjalanan time dah nak sampai ke lipis, cuaca makin gelap. Tengok awan gelap semacam jek. Tanya kat ayah, dah start tengkujuh ke? Ayah kata mungkin dan odw kot nak musim hujan.







Tengok langit rasa gerun semacam jek...bukan main gelap







Kakak dah penat time nih...tunggu masa jek







Ibu paling tak suka lori balak macam ni...banyak bukan main kami jumpe, seriau jek rasa kalu betul2 kat belakang lori ni...(teringat cerita lama lakonan Dato' Jins Samsudin dengan norkumalasari.....erkkkkk ngeri)






Hujan turun dengan lebat nye.....terus ayah takleh wak laju lagi, kene wak slow2 bahaya

kakak? lena diulit intan....




Bila bangun jek, terus segar, sonok sangat sebab dekat nak sampai umah nenek dah...



Sampai kat umah nenek dah pukul 9 malam. Hujan sepanjang jalan, lori yang banyak dan ayah bawak slow menyumbang kepada kelewatan kami tiba kat umah nenek. Sampai jek, terus tengok Tok Chek. Tok Chek masih kenal ayah, cuma nampak dia letih dan tak larat. Kurus sangat badan Tok Chek. Tok Chek pun dah tak larat bangun, duduk pun tak boleh. Kakak tak berani nak salam pun...tah apa2 jek kakak nih. Umur Tok Chek ibu tak pasti berapa, tapi ada dalam 80-an rase nye. Kami pun malam tu tido awal, dalam pukul 11 dah lelap. Penat badan. Sesekali terjaga sebab dengar Tok Chek berbunyi....mungkin sakit atau lenguh badan. Nenek tidur dekat Tok Chek.... Balik kali ni, ibu tak amek pun gambar atuk ngan nenek ganu...







Tok Chek yang hanya mampu terbaring, makan pun tak mau...nenek suap jugak sikit2




Cuaca elok terang, panas pagi tuh. Nenek minta tolong ayah ngan ibu amek buah rambutan sebab banyak sgt dah masak atas pokok, tapi takde sape nak tolong ambil. Lepas minum pagi tuh, tengok nenek mandikan Tok Chek, suap makanan...Tok Chek tido balik. Kami pun turun ke tanah....mula kan projek gegar pokok rambutan. Ayah dah boleh kawan ngan beruk atuk, bukan main laju panjat pokok rambutan..he.he.he.. ibu yang risau takut ayah jatuh....









Nenek pun tolong tebar2 kan rambutan tu, jemur bagi semut hilang. Bukan main ramai lagi semut kat pokok dan buah rambutan...

Manis bukan main nih....




Dah siap packing dalam kotak...nak bagi paklong sikit, makdik sikit





Tengah hari tuh, kami pi makan nasi air kat jerteh. Kedai yang ayah suka makan. Sedap sangat nasi air kat sini....nasi lembik yang diletak dalam sup, ada ikan bilis goreng garing, ada paru, bawang goreng. Bila makan letak cuka sikit dengan sambal yang diorang buat letak atas meja... memang sedap. Tapi sayang kakak tak suka....kakak ambik nasi putih dengan ayam goreng (lagi)...boring nye lauk kakak =p. Bungkus jugak nasi air untuk Tok Chek..mana la tau kot mau selera makan.


ada....





dah takde....he.he...




Pukul 3 macam tu, kami dah nak gerak balik. Ye la, esok nye pagi2 dah nak keje. Kalau gerak lambat sangat..risau pulak dengan hujan, dengan lori nye....tah pukul berapa pulak sampai. Mase kami nak keluar dari umah nenek tu, hari dah mula berangin dan mendung....risau jugak rase hati. InsyaAllah, kami akan balik lagi umah nenek raya haji ni, insyaAllah dapat jumpe lagi Tok Chek...



Budak ni, asal nak start berjalan sonok la..kan kakak?







Singgah beli cendol terbaik nih.....cendol letak pulut, letak tapai ubi, nyum.nyum..mmg cendol terbaik ibu pernah rasa... kakak pun dari tak minum cendol, boleh minum lepas rasa cendol versi ganu ni








Ikan goreng celup tepung...feberet ayah



Dah start gelap....




Takut tengok awan nih...




sejuk...terus ngantuk anak ibu nih.

Ayah dah penat sangat...plus tension sebab kene bawak slow

Hujan lebat yang menemani kami dari jerteh hingga ke shah alam....ada 10 jam dalam kereta, ibu dah rase nak nangis sebab tak sampai2..hu.hu.... Raya Haji nanti camna la ek?