Bulan Oktober tahun nih, mmg macam2 dugaan yang datang. Kenapa ibu cakap macam ni pulak tetiba kan?
Sebab nih....
4 & 5 Oktober 2011 (Selasa & Rabu)
Gerak balik ke ganu pagi 4hb dalam pukul 10 pagi. Nenek ganu telefon ayah, cakap tokchek kakak (atuk ayah) dah nazak. Suh balik cepat sebab takut tak sempat jumpe. Ayah dah pernah terkilan sekali masa arwah isteri tokchek sakit, sebab duk tangguh2...last2 tak sempat jumpe sebelum arwah meninggal. Kul 8 malam baru sampai, 10 jam perjalanan disebabkan dek hujan lebat dan lori yang banyak sepanjang perjalanan dari shah alam ke jerteh..hu.hu... Tengok tokchek, macam tu jek la.....sakit tua, tak lalu makan dan mengeluh sepanjang malam, mungkin sakit badan. Pagi pun, tokchek masih macam tuh. Petang dalam pukul 3, kami dah nak gerak balik ke shah alam. Cuti dah tak banyak, nak tak nak kene balik dulu la. Ayah peluk tokchek, dan cakap kami akan balik raya haji nanti, nak raya ngan tokchek. Kakak nak salam pun takut2...mungkin sebab keadaan tokchek yang kurus sangat, dan berbaring jek. Sampai dalam pukul 1 pagi macam tu...pun ditemani hujan lebat dan lori balak yang banyak.
11 & 12 Oktober 2011 (Selasa & Rabu)
Pukul 9.50 pagi macam tu. Ibu kat ofis tengah keje. Dapat panggilan telefon dari makdik kakak (adik ayah), bagitau arwah tokchek dah takde. Allah....Innalillahiwainna ilai hi rajiun. Terus call ayah dan plan dgn makdik, paklong (abang ayah) & pakmuda (pak sedara ayah). Semua nak balik, ayah ckp mungkin sempat kalau kebumi lepas asar. Masing2 janji jumpe kat kampung jek, tak mau tunggu2 sebab semua duk kejar masa. 11 pagi, lepas amek kakak dari umah pengasuh, kami gerak dari shah alam. Alhamdulillah, tak hujan dan lori pun tak banyak berbanding ketika kami balik minggu lepas. Ayah bawak laju tak hingat...ibu pulak yang duk beristighfar dalam hati, bila dah tak tahan tengok ayah asyik duk motong jek, ibu pun sound ayah.....hati-hati ler, jangan kita yang nak balik ni pulak tak sampai.. baru la ayah releks sikit. Tak berhenti makan pun...takut sampai lambat. Cuma beli kentang McD dan bubur jek, sian pulak kakak kalau biar dia berlapar. Dalam 5.40 camtu kami sampai, sempat la ayah follow jenazah ke kubur. Hujan turun dengan lebatnye lepas selesai kebumi. Nenek mmg sedih sangat....ye la, ayah nenek dah takde.
Malam tu, ada buat tahlil sikit untuk arwah tokchek. Awal pagi esok nye, kami beramai-ramai ke kubur untuk sedekahkan surah yassin pada arwah tokchek dan arwah mak (nenek ayah). Dalam pukul 11 pagi, kami dah bergerak balik shah alam. Ayah nampak penat sangat...sian jugak ibu tengok. Kakak pun lembik semacam jek, penat berjalan kot...lagi pun lama dalam kereta.
Ayah dukung kakak, pagi kan..rumput masih basah, pacat bukan main ramai lagi....
Semoga roh arwah tokchek tenang di sana..amin
16 Oktober 2011 (Ahad)Hari Ahad dalam pukul 12 tengah hari, maklong telefon ibu. Cakap tokwan dimasukkan ke hospital tapah pagi tu pasai demam dan sakit perut. Ibu pun kelam kabut le telefon ayah. Dalam 12.30 maklong telefon semula, cakap hospital nak transfer tokwan ke hospital besar ipoh. Syak jangkitan kuman pada tiub kencing tokwan yang kat perut tuh. Makngah kebetulan memang ada kat tanjung malim, pergi kenduri kahwin kawan dia....jadi makngah terus ke ipoh dari sana. Makchik pulak cakap nak gerak dah dalam kul 2 camtuh, diorang pergi amek maksu kat sepang sekali. Ibu duk tunggu, ayah tak balik2 gak lagi. Dalam kul 4 petang ayah sampai, terus ajak kitorang gerak. Ibu ngan kakak mmg dah ready dari awal. Bukan apa, risau.
Sama jugak...ayah bawak kete laju tak hingat. Kul 6 petang, kami dah sampai kat hospital ipoh. Terus ke wad 2a. Mula2 tengok tokwan, mmg rase sebak semacam. Tokwan nampak sakit dan lemah, dengan badan yang panas, dan mask gas kat mulut dan hidung tokwan. Perut tokwan nampak bengkak dan merening, kaki pun bengkak jugak. Doktor dan jururawat bergilir amek darah tokwan, nak cari punca. Scan paru2 dsbnya.
Opah nak balik ambil baju sebab kami nak request untuk transfer tokwan ke hospital serdang. Makngah kul 6 lebih dah kene balik le, sebab esok isnin tuh, kak mira & kak biha ada exam akhir tahun. Maklong lepas tokwan dah dibawa ke hospital ipoh, bergegas pulak pi hantar anak sulung dia, kak ilah ke MRSM Grik. Tinggal Makchik dan ibu. Makchik bawak opah balik. Ibu tunggu tokwan, ayah ngan kakak lepak2 kat bawah (ye le, sepital kerajaan ni straight, cukup time naik la guard tu sound "mase melawat dah abis ye"....
Kat kul 12 opah sampai, ibu pun nak balik dah. Opah tunggu tokwan la malam tu. ibu ngan ayah tak dapat nak cuti dulu isnin tuh pasai dah dua minggu berturut2 cuti. Makchik ngan pakchik stay tapah malam tuh, pasai isnin diorang cuti nak uruskan mintak transfer tokwan ke serdang.
17 Oktober 2011 (Isnin)
Tokwan menjalani ultra sound untuk tengok perut dan buah pinggang dia. Alhamdulillah, bengkak dah surut dan tokwan tak rase sakit lagi. Demam pun dah kebah. Jangkitan pada bahagian lain badan tokwan, dan insyaAllah doktor akan terus masukkan antibiotik dan kalau tokwan ok takde apa2 masalah mungkin 18hb @ 19hb boleh keluar. Kesimpulan yang doktor bagi.....tak leh transfer tokwan ke serdang
18 Oktober 2011 (Hari ni....Selasa)
Pukul 6.30 pagi, ada mesej kat fon ibu. Makchik hantar mesej, nyang pahang (tok perempuan ibu) dah nazak kat hospital kelang. Allah....kan betul ibu cakap, dugaan? Bertimpa-timpa datang.....insyaAllah ibu ngan ayah redha...sentiasa percaya pasti ada rahmat di sebalik nya.
1 comment:
Bersabarlah dalam mengadapi dugaan hidup ini..Alfatihah untuk mereka yang telah pergi mendahului kita...'Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang orang yang bersabar;
Post a Comment