Sampai umah dah kul 12 lebih. Rehat2 kejap, ayah dah nak masuk keje. Ahad tu pun kami dua beranak habiskan masa kat umah jek. Kakak tunggang langgang main sensorang. Sekejap menjerit-jerit..konon2 dalam bahaya. Jap lagi ibu dengar melalak pulak...pun konon2 tengah sedih..iskkk pelik2 jek kreativi budak nih. Isnin pulak kebetulan off day ayah. Ibu pun cuti. Habis, pagi2 dah kejut ayah, jom kite pi pasar cari lauk best2. Jenuh jugak kejut kakak, budak nih kdg2 ikut mood jugak, kadang senang kejut...kadang kena lama sikit. Kakak tak la menangis ke apa, cuma jenis yang bukak mata, angguk...ibu pusing jek lelap balik. Last2 angkut jek kakak yang tak mandi ke pasar besar klang. Cari lauk sikit2, pusing2 pasar ...gerak balik. singgah seksyen 7 shah alam, kat kelatelicious...ibu ayah pekena laksam. Kakak? Nak nasi putih ayam goreng....bohsan betul lauk kakak ni...tiap2 kali pun sama. Tapi sebab kedai ni ada ayam kampung goreng, ayah bagi kakak ayam kampung. Sedap la kot nye, sebab kakak makan banyak jugak. Alhamdulillah.......(ibu puji melambung tinggi tiap kali dia suap nasi ke mulut, maka banyak jugak la makan nya....he.he.he....)
Lepas zohor, kami gerak ke Tadika Rama-rama kat Bukit Raja. Ni la sekolah kakak tahun depan. Kebetulan hari isnin tu, sekolah buat hari terbuka untuk ibu bapa baru yang nak hantar anak sekolah tahun depan. Bermula la proses testing baju dan sebagainya....sebab kan kakak nih kurus sangat, baju yang size s pun melebeh jugak kat bahu, tapi tuh mmg saiz paling kecik...kire ok lah. comel jek kakak pakai baju kaler kuning air tuh....alahaiii besar dah anak ibu.
Selesai urusan persekolahan kakak, kami terus ke Jusco Bukit Raja. Menunaikan hasrat di hati nak tengok happy feet 2. Makngah sekorga dah tengok ahad tu, dan cakap mmg best cite tuh. Kakak pun semangat jek nak tengok, ibu lagi la..he.he.he... Ramai betul orang kat jusco, ye le skang kan dah tiba musim sale mengesale....=). Kami tuju kaunter tiket dulu la, takut habis pulak kang. Time tu dah pukul 4 petang. Ada tiket jam 4.15....ayah cakap amek yang 6.30 la, sebab kami belum lunch lagi time tuh. Makan pagi tadi mase balik pasar jek. Beli lauk kat pasar tu untuk stok esok lusa..bukan untuk masak hari tu..he.he..he.... Mase pi tengok bini-biniku gengster dulu kami amek dua seat jek, pasai orang pun tak ramai time tu. Dalam panggung kakak duduk merata sebab banyak kosong. Kali ni kene jugak amek tiga seat, takut penuh kang susah pulak. Kakak bukan reti duk diam dlm panggung. Settle hal tiket.

Nak ulas sikit cite happy feet two nih....memula tuh cam bohsan sikit (ni ikut pendapat ibu la..org lain tak tau la). Mungkin sebab lame sgt nyanyi....jadik boring sikit. Lepas tu dah separuh cerita baru rase best. Kakak pulak, dah sampai tengah cerita...kire tengah2 part best nih, sibuk pulak dia tanya, bila nak abis nih ibu....erkkkk! dah nak balik la tuh....dipendekkan cerita, hepi feet nih kakak tak minat sangat kalau nak banding ngan tangled (rapunzel) yang kakak boleh tengok walau lama, sampai habis dan tak jemu2 (termasuk la upin ipin, up, mars need moms, shrek, chipmunks, ratatouille).