Wednesday, April 14, 2010

Tokwan @ Abah...

Pada 8 hb 4 baru nih, tokwan kakak masuk hospital. Tokwan daftar kat wad kecemasan Hospital Tapah, kemudian dihantar ke Hospital Seri Bainun Ipoh. Pukul 3 petang hari Jumaat, tokwan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Tuhan sahaja yang tahu perasaan opah dan anak2 tokwan. Kakak yang kecik pun tau dan dapat merasai kesedihan yang sume orang rasakan.

Tokwan dimasukkan ke unit kecemasan sebab doktor suspek ada masalah buah pinggang @ jantung. Di hospital ipoh, tokwan dirawat sebagai pesakit denggi berdarah ikutan platlet dalam darah tokwan sangat rendah dan demam yang berlarutan. Sabtu pulak, doktor cakap ada risiko pendarahan....gusi tokwan pun dah mula berdarah. Alhamdulillah, ahad tokwan semakin stabil, jam 6.30 petang hari yang sama, tokwan dimasukkan semula ke wad lelaki. Sehingga hari ini, tokwan masih kat sana.

Tokwan kakak nampak makin sihat, muka pun dah merah...banding dengan hari Khamis tuh, pucat, lemah tak bermaya. Doktor masih tahan sehingga keputusan darah diperolehi. Darah tinggi tokwan naik turun, gula dalam darah pun sama. Hari ni, tokwan dah cuba mintak nak keluar, tak tahan tokwan lame2 dalam sepital tuh. Doktor masih tak benarkan, harap2 tokwan kakak akan cepat sembuh, cepat dapat balik. Terima kasih opah, yang selalu setia di sisi tokwan, terima kasih mak....

Anak-anak abah......cucu-cucu tokwan...semua mendoakan tokwan akan cepat sembuh, cepat balik rumah..insyaAllah. Semua rindukan tokwan yang ceria dan sihat....

2 comments:

Anonymous said...

Moga abah cepat sembuh..aminn.

dahliana said...

terima kasih..