Ada satu hari, kitorang (ibu dan mak2 sedara kakak)....tetiba rasa nak pergi mandi sungai. Hari nih call, cakap esok nak pergi....semua setuju..on. Tapi maklong tak dapat join le pasal dia kat sungkai, takkan sebab nak mandi sungai suh maklong sekorga mai shah alam pulak....lagi pun dia tak free time tuh. Maksu pun kat sepang, tak dapat join.
Plan kitorang....ke Sg. Tekala. Janji jumpa kat pekan Semenyih jam 11.00 pagi. Makngah sekorga datang lewat sikit pasai makngah kene tunjuk muka jap kat ofis dia pagi sabtu tuh. Masing2 bawak lauk sikit sorang....berkelah makan bekal2 camtuh, baru ada feel..he.he.... Ibu bawak nasi dgn sayur lemak putih suhun dan fucuk, budu (wajib) dan ikan masin goreng. Mak ngah bawak ayam goreng dan buah2. Makchik pulak bwk sambal tumis ikan masin... nyam nyam, sedap betul sambal tumis makchik...maklumlah dia dah pakar skarang bab masak memasak nih.....
Sampai kat Sg. Tekala dah kat pukul 1, makngah pun elok2 jek sampai time kitorang sibuk duk punggah barang dan lauk. Air sungai tu...mak aiii punye le sejuk. Rase menggigit sampai ke tulang sum-sum..he.he... sampai2 jek, yg bebudak tak sempat tunggu dah. Memasing dah terjun dalam air...kakak? hemm....org lain terjun, dia pun terjun....org basah badan bagai....kakak basah kaki jek..he.he..... Kakak memang tak tahan sejuk. Yang mak2 nih, maklum jek la, bangun subuh sapieee, masak bagai.....sampai2, ngap dulu..keh.keh... Yang bapak2 nih, duk tepi2 sungai, dibantai nye berborak pulak. Takat nak berborak gituh, belakang umah pun boleh...apa la.
Panggil bebudak nih, suh naik makan dulu. Semua semangat nak makan, maklum le..dah kena air sejuk tuh, jadik lapar le. Settle bebudak makan, kitorang terus join diorang pi mandi. Yang lelaki pun, sudah makan join sama. Tapi air dia memang sejuk sangat. Sampai naik pening kepala ibu nih. Berendam sekejap jek, lepas tu duk atas batu, berborak. Kakak pun sama. Yang tahan cuma anak2 mama jek. Lama betul berendam. Orang tak ramai sangat. Kebersihan sungai, ok la. Air pun jernih cuma bab sejuk tu, pada ibu terlampau sejuk. Jadik tak best pulak nak berendam. Duk hu ha hu ha...jam dah dekat kul 3 petang.
Pakchik dan Naqib
Ayah dan Kakak
Ibu, Mama, Ummi & K.Mira
Ibu & Ummi (Makchik)
Dulu mase duk serumah bujang...nih la kawan ibu bertumbuk bagai he.he.he..
Tajarudin's Familia....he.he..
Baru perasan, tadak gambar PakNgah dalam nih...tah camne leh tak amek gambar pulak iskkkk
Tuh PakNgah...ada gak pic dia
Sweety pie..
Dalam duk borak punya borak tadi, ada pulak yang kasik idea. Jom ke Bagan Lalang pulak. Plan asal cuma nak makan makanan laut kat sana jek la. Ada yang cakap sedap makan kat sana. Tapi dah alang2 ke sana, baik mandi sekali. Kami gerak ke umah makchik dulu (yang paling dekat), untuk solat mandi dsbg nya. Terus gerak ke Bagan Lalang. Dalam pukul 5 dah sampai. Budak2 nih termasuk kakak la yang paling seronok...nampak laut dan pantai bukan main hepi lagi la. Yang nih memang lama kami berendam, sebelum mandi dah solat asar sesiap, tapi yang kaum ibu kene pi beli seluar dan t-shirt lain untuk mandi, mana ada spare dah maaa..... yg bebudak pun sama, kene beli memasing sorang sepasang, baju untuk tukar. Kakak tadi dah pakai jeans, bantai mandi pakai jeans jek. Orang lelaki senang, pakai jek seluar pendek basah yang mandi sungai tadi. .ishhhh. ishhhh.ishhhh
Tuh PakNgah...ada gak pic dia
Sweety pie..
Best betul. Berendam sampai kul 7.30 jugak. Air laut nih mmg boleh buat kite leka. Selesai bersihkan diri, solat maghrib....kami terus ke tempat makan. Malangnye yang disyorkan pada kitorang, kire tempat sedap...kitorang tengok barisan yang beratur untuk order makanan dah sampai keluar dari kedai. Mcm nih gaya nye pukul berapa baru boleh makan. Kitorang pun, walau pun enjoy..tapi memasing dah letih. Kakak pun dah naik kuyu mata, anak2 mama pun sama... naqib jek nampak masih releks =). Yang pasti, sume cakap lapar. Cari le tempat lain yang nampak tak sibuk sangat. Tapi masih kene tunggu lebih kurang sejam, baru dapat makan. Kami order ikan siakap stim, sotong goreng, tomyam campur, benda yang mcm buluh tuh masak sambal (ibu dah tak ingat namanye), pari bakar, kerang bakar...emmm tu jek rase nye. Boleh la...memasing dah lapar pun, mmg rase cam sedap jek. Kakak pun boleh la tahan seleranya malam tuh. Balik memasing amek jalan sendiri. badan pun dah penat giloossss....tapi mmg best. Len kali boleh buat lagi.
No comments:
Post a Comment